KLIK YE..TAKKAN NAK TENGOK AJE...

FOLLOW ME DER....

Sunday, April 12, 2015

DAPAT DUIT PERTAMA DARI NUFFNANG...CASH OUT SUDAH!

Add caption


NAH....Ni la cash out pertama aku dari Nuffnang setelah lama berblogging..Tak sia-sia mengerah idea untuk berblogging nih..harap tahun ni dapat lebih banyak lagi..Ini adalah cek berpalang, jadi nak cash out tak semestinya kena pergi HSBC Bank...Mana2 ATM pun boleh guna ni..Masukkan Cek je kat dlm ATM..tunggu 2 hari bekerja terus masuk ke akaun.
Cara dapat duit dari Nuffnang ni..senang aje..
* Rajin update blog 
*Blog bukan copy paste...mesti idea sendiri
*rajin2 promote blog kepada orang lain
*Tajuk mesti Vavavooooom.....yang senang orang cari
* Buat dalam Bahasa yang senang difahami
* Design blog cantik2..nanti tak adelah orang nak boring kan
* Lagu2 popular...macam I ni kan, lagu soundtrack Filem Fast n Furious 7...Kau ade?

Last....kena ikhlas dalam buat blog ni....ikhlas halalkan ilmu untuk orang baca...Mesti boleh!

Sunday, April 5, 2015

CARA BERHEMAH DAN BERJIMAT MENGHADAPI GST

APA ITU GST?

-Apa itu GST? GST adalah singkatan bagi Goods & Service Tax atau dalam bahasa melayunya, Cukai Barangan & Perkhidmatan.
Iyalah, ramai yang mengomel, mengeluh dan risau apabila kerajaan bercadang melaksanakan GST dalam sistem percukaian negara bagi memantapkan lagi hasil dan ekonomi negara.
Bagaimana Cara Berhemah Menghadapi GST?
1. Beli barang ikut keperluan sahaja. Tak payah terlalu ikut kehendak, kerana semua tu hanya membazir.
2. Beli barang sekali sahaja dalam sebulan khasnya barang-barang keperluan seperti barang keperluan dan barang2 dapur. Hal ini dapat mengelakkan kita berbelanja lebih daripada perancangan. Beli la barang2 yang kita senaraikan selepas pay day iaitu hujung bulan, dan barang-barang tersebut merangkumi kegunaan satu bulan terus.
3. Pilih la kedai-kedai yang menawarkan sale dan harga yang murah, untuk mengelakkan kita mengeluarkan belanja lebih. Bolehlah buat perbandingan harga tentang harga barang di sesebuah tempat. Jadilah pengguna yang bijak.
4. Kalau nak makan, bagus makan di warung-warung biasa yang tak berdaftar dengan GST, Tak payahlah hari-hari nak makan di restoren-restoren mewah..GST nya mak aih....jangan terperanjat kome nengoknya..even restoren nasi ayam pun melambung naik harga.
5. Last sekali, jagalah kaki anda sendiri...elakkan selalu berjalan-jalan shopping kat luar atau buat window shopping kerana tu menyebabkan anda akan mengeluarkan duit untuk shopping jugak apabila dah dapat gaji nanti.....
so....kesimpulannya, pandai-pandailah berhemah dan berjimat...dunia sentiasa berubah.. Jangan biarkan dunia mengubah kita, tetapi kita yang sepatutnya mengubah dunia..

Friday, February 13, 2015

Sepi

Wahai hati tenteramlah

Saat malam menyelimuti dengan kedinginan
Saat bintang tiada lagi bergemerlapan
Bulan seakan tenggelam celah awan
Unggas tiada lagi menyanyikan lagu
Menghibur sekeping hati yang sunyi

Biarlah
Berlalu bersama bait puisi
Namun tak terpadam dalam lipatan memori
Secangkir kasih yang dulu ditabur
Kini seakan pudar bersalut gusar
Mengiring tangis bisikan pilu
dulu keriuhan itu selalu mengisi
Kini sunyiku saban hari
Tanpa dendangan tawa dan senda
Mungkin lumrah sebuah ikatan
Bila renggang terus dilupakan

Justeru hati
Terimalah ketentuan ini
Hidup tidak seindah yang diimpikan
Mungkin sinar kebahagiaan tak kunjung tiba
Walau saban hari menadah tangan
Memohon doa padamu Tuhan
Pasrahlah hati dengan dugaan sementara
Sampai masa semuanya terhenti
Bila jasad tak lagi berdiri
Tinggal harapan berkubur sepi


Tuesday, February 10, 2015

Jagalah ibu dan bapa selama mereka masih ada bersama kita

Keluarga ialah sesuatu yang tidak ada galang ganti..tidak boleh dijual beli. Ibu bapa membesarkan kita dari rahim sehinggalah kita dewasa..mendidik dan mengasuh kita dengan mencurahkan ilmu kehidupan. selalu berada di samping kita apabila susah.tatkala yang lain meninggalkan kita apabila susah..ibu bapa tetap di samping kita. Memberi dorongan dan sokongan. Siapapun kita..tetap mereka terima walaupun kita mungkin seorang penjenayah,atau apa saja kejahatan yang kita lakukan..tetap mereka maafkan. Apabila senang dan sudah dewasa serta berjaya,janganlah kita buat-buat lupa akan ibu bapa.tiada bertanya khabar berita.tiada memberi wang belanja.tak sedarkah kita,siapa yang memberi wang kepada kita ketika kita memerlukan dulu?Tak sedarkah kita yuran dan keperluan sekolah kita siapa yang bayar? Tak sedarkah siapa yang menghantar menjemput kita dari sekolah?tak sedarkah siapa yang memberi pendidikan kepada kita..masa cuti..ramai yang lagi suka menghabiskan masa berjalan di pusat membeli belah,duduk di rumah depan tv goyang kaki..berjalan ke sana sini makan angin..tapi berapa orang yang datang menjenguk ibu bapa mereka di kampung?Tahukah kita,betapa gembiranya mereka menerima kunjungan kita?betapa terharunya mereka apabila kita dengan berselera makan masakan mereka?betapa gembiranya mereka apabila menatap wajah kita yang apabila dewasa semakin jarang mereka tatapi? Apabila kita bercuti makan angin menikmati makanan yang sedap2..mungkin emak dan bapa kita di kampung makan ala kadar saja...mungkin tempat menarik bagi mereka hanyalah di kebun atau di lautan menjaring rezeki sebagai nelayan...apalah salahnya..kalau kebahagiaan itu kita kongsikan bersama mereka..supaya mereka terasa diri mereka sangat berharga buat kita...ingatlah..jangan sesekali lupa mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita..mereka adalah pahala untuk kita..selama mereka ada di dunia ini..mereka sangatlah berharap kita sentiasa ada untuk mereka..jangan sampai apabila mereka telah tiada..barulah menangis penuh sesalan..semuanya telah terlambat...hargailah mereka selama mereka masih ada..apabila  mereka tiada suatu hari nanti,kita tidak akan rasa menyesal dan bersalah..kerana sepanjang mereka hidup..kita sentiasa memberikan kebahagiaan..sekian..coretan kali ini..mood nak balik kampung cuti tahun baru cina ni..nak jumpa mak..dan ayah tersayang..

Monday, February 2, 2015

Manusia diberi pilihan..kenapa kita tidak bijak memilih?..memilih untuk menyakiti daripada menyayangi..memilih untuk mendendami daripada memaafkan.memilih untuk mencaci daripada memuji..memilih untuk mencerca daripada memuja..memilih untuk mengumpat daripada muafakat..memilih untuk mengadili daripada memberi peluang...sesungguhnya hidup ini singkat..biarlah ia menjadi hidup yang bererti..jangan bila kau sudah pergi nanti..tinggal sisa-sisa kebencian dan orang yang ditinggalkan tidak dapat memaafkan..sedarlah wahai teman..hidup ini hanya pentas lakonan..kita hanyalah pelakon yang menggerakkan layar dengan aksara setianya..sampai masa lakonan kita menjemukan..dan diganti dengan pelakon baru..oleh itu..janganlah simpan kebencian..kerana sekali sudah benci akan terpalit selamanya walau sedikit..belajarlah terima orang-orang di sekeliling seadanya kerana kita tak tahu bila kita ditinggalkan dan meninggalkan...sekadar luahan mata hati di malam yang dingin ini..harap kedinginan ini kekal begini..:-)