KLIK YE..TAKKAN NAK TENGOK AJE...

FOLLOW ME DER....

Sunday, March 29, 2009

SEDIKIT TENTANG PENYAKIT KAYAP


APA ITU KAYAP?
Kayap atau shingles merupakan penyakit disebabkan oleh sejenis virus Herpes Zoster. Ia menyerang mereka yang mempunyai immuniti badan yang rendah spt baru sembuh dari penyakit/pembedahan, kencing manis, golongan berusia, pesakit AIDS dll. Ia akan membentuk gelembung merah pada badan yang tertumpu ke bahagian badan tertentu mengikut pembahagian saraf yang terasa pijar dan sakit. Apabila ia sembuh selalunya akan meninggalkan parut.

PENAWAR BAGI KAYAP
Dari kitab perubatan melayu kuno.
Cari akar pokok tuba ( yang orang selalu buat tuba ikan tu..) dan tumbuk sampai keluar getahnya . Parut kelapa dan perah santan tanpa campur air . Lepas tu gaul dengan akar tersebut dan sapu ke bahagian yang terbabit . Lakukan pagi dan petang, kayap akan hilang tanpa meninggalkan parut .
Daun kopi dan jagung muda/ bukan putik jagung buat sayur kisarkan daun kopi dan jagung kemudian tampalkan ketempat yang kena kayap

* LAGI TENTANG KAYAP...
Penyakit kayap terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kayap melukut, kayap jagung dan kayap ular atau nama saintifiknya herpes zoster atau disebut shingles berpunca daripada serangan virus Varicella zoster (VZB) iaitu daripada kelompok virus herpes. Apabila virus ini berada dalam badan, mangsa akan berasa demam, tekak loya dan pening berpanjangan. Badan pesakit pula akan dijangkiti ruam panas, badan rasa sengal dan hilang selera makan. Bagi penyakit kayap yang lebih serius, pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu di badan dan gelembung itu akan kering selepas dua atau tiga minggu dengan meninggalkan kesan bintik hitam. Menurut seorang dukun tradisional dari Perak, beliau mengubati penyakit ini dengan menggunakan getah keladi kembahang dan seorang pesakitnya memberitahu penyakit kayapnya sembuh dengan menggunakan getah keladi tersebut.

* BEGINILAH KEADAAN KAYAP YANG BERJANGKIT DI BADAN PESAKIT.

1 comments:

raihanah said...

Boleh tanya sikit,anak akak hampir sembuh dari kena kayap ni,adakah ia akan dan boleh berjangkit?Petua ni berkesan,tumbuk daun dukung anak,campur dengan bedak sejuk dan sedikit air tapis,sapu 2 hingga 3 kali sehari(menyejukkan bahagian kulit yg terkena kayap)