KLIK YE..TAKKAN NAK TENGOK AJE...

FOLLOW ME DER....

Thursday, August 6, 2009

Tip Menghadapi Temuduga...Baca...Jangan Tak Baca..




Seperti yang kita ketahui..Saat menunggu masa untuk temuduga khasnya bagi bidang pekerjaan mahupun bidang lain...Amat-amat mendebarkan..Badan seram sejuk...Jalan dari betul..Jadi tak betul..Kejap-kejap pergi tandas tengok cermin..Kejap2 ada rasa nak buang air...pulak..

Degup jantung..Fulamak...dig dug dig dug...muka dah bagus2 make up..jadi pucat pulak..macam-macam la kita rasakan apabila berhadapan dengan penemuduga..saya mula menghadapi temuduga selepas habis Tingkatan 5, iaitu Temuduga guru Tadika..Masa tu..asal ada jer borang.isi jelah...Dapat Tawaran.tapi tak jadi pergi..Pas tu..temuduga sebuah Jawatan SPA negeri Sarawak..kena bantai ngan 3 orang penemuduga...ingatkan tak dapat...dapat la pulak...Time saya kat UPSI, diorang call...saya ingatkan siapa.."Cik..........Cik telah diterima berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarikei" Jawapan saya.."Saya bersyukur dapat tu..Tapi saya tak dapat pergi lah encik.saya di UPSI sekarang..baru tahun pertama.."Jawab saya..

Selepas itu..disusuli pula dengan temuduga..kemasukan ke UPSI..Kena bantai ngan 3 orang penemuduga...Kenangan paling istimewa..apabila seorang penemuduga itu memanggil saya masuk ke bilik balik..ingatkan ada apa..rupa-rupanya dibaginya duit RM 50.00..Haha...apa tidaknya..sepanjang temuduga itu mereka suruh aku bercerita..aku ni kan kalau bab bercerita..punyalah suka..jadi aku ceritalah tentang family aku..aku cerita tentang aku yg tengah bekerja sambil menunggu kemasukan ke U,aku ceritalah betapa jauhnya rumah panjang aku dari bandar..siap pakai perahu lagi tu..aku tengok mereka bertiga tak banyak soal..aku pula yang banyak cakap..(aisehhhh..Pancing aku dah mengena ni)..pas tu aku dibenarkan keluar..belom pun sampai di muka pintu, seorang Puan yang menemuduga aku tu panggil aku balik.."apehal pulak ni..tak cukup ke 3 orang tu nak bantai aku tadi..ape lagi ni"mindaku berfikir dan bertanya sendiri..

Sekali Puan tu mintak Fail aku dan menyelitkan sesuatu dalam Fail tu.."Ni sedikit duit saya bagi..awak jangan bagitau orang lain..Buat tambang balik ke tempat kerja..saya tau awak perlukan duit" kata Puan itu(sampai sekarang pun aku masih x dapat melupakan wajah baik puan yang menemuduga aku tu).."maaf yer puan aku sudah pun memberitahu..Tapi x salah sebab tu benda baik)..

Saat itu aku sudah mempunyai jawapan..bahawa aku telah dapat berjaya diterima tanpaku perlu menunggu surat tawaran..haha..dan peristiwa itu..masih kuingat lagi sehingga sekarang..Saksiku seorang kawan yang sedang belajar di UMS..aku bagitau dia time tu..kalau korang tak percaya)..Heh...Dipendekkan cerita..Setelah hampir setahun bergelar pelajar UPSI..Aku mendapat tawaran biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM)..

Punyalah suka sebab duit tu free..nanti x payah la potong gaji..pas tu...banyak sket dari PTPTN...hehe...ok..belom lagi tu..baru jer dapat tawaran..Entah dapat ke tidak..sebab masa tu kitorang dibagi ujian bertulis..Lulus..syukur..Pas beberapa bulan kemudian..dipanggil pulak interview..alahai..rasa nak pengsan aku time tu..macam2 perasaan ada..masuk ke bilik interview..5 orang sekali masuk..aku antara orang yang agak menonjolkan diri dalam menjawab soalan yang diberikan oleh penginterview..soalan..BI...bedal jelah....(Tapi jangan hentam tau...)

Beberapa bulah kemudian..keputusan KPM pun keluar..syukur sangat2..akhirnya dapat jugak biasiswa KPM..haha..tu la..sedikit sebanyak pengalaman aku semasa diinterview...okelah..cerita..punya cerita..sharing tip interview mane?ok..sabar2 k.....Tipsnya adalah seperti di bawah ini..saya akan memberi tips..ape yang perlu dibuat sehari sebelum interview...sehinggalah semasa keluar dari pintu bilik temuduga..



1. sehari sebelum interview ada baiknya kita bersedia..susun semua fail,resume,dokumen yang diperlukan..pakaian yang patut dipakai untuk interview(baju formal, x menjolok mata, kasut bertutup,lelaki wajib guna necktie..kemas)...

Sijil2 tu biarlah susun ikut urutan..dari kad pengenalan,sijil beranak,sijil akademik..n ikutlah apa yang disenaraikan dalam surat tawaran..jangan letak sebarang tau..n..fail sebaiknya gunalah fail clear holder tu..sebaik-baiknya bawa dua fail..satu fail untuk yang difotostat,,satu lagi untuk original...sebab ada juga penemuduga yang meminta salinan sijil(fotostat, apabila selesai temuduga..N...Jangan lupa siapkan diri kita dari segi mental dan fizikal..better cukup tidur lah sebelum temuduga..ataupun...berlatih dulu sorang2 depan cermin..ke...

Jangan lupa juga baca serba sedikit tentang soalan yang nak ditanya(skop soalan biasanya ada unsur kenegaraan,isu semasa, dan sudah pasti berkaitan dengan bidang/jawatn yang anda nak pohon)..Tapi...Ha...ada tapi jugak ni..Jangan sesekali menghafal atau meyakinkan diri sendiri bahawa soalan ni keluar..soalan tu keluar...sebab time ditanya nanti..nampak sangat kite ni menghafal..apabila penemuduga sedikit pusing2 soalan..dah...kaku..tak tau jawab apa2..sebab dah menghafal..jika soalan tu tak da dalam silibus kepala hotak dia..tak dapat la dijawab..

2. Ok..ni pulak beberapa jam sebelum temuduga. Dalam beberapa jam sebelum temuduga tu..relek sikit...ambik mood..hehe..tenang..jangan tengok orang lain dok cari majalah tu..surat khabar tu...artikel ni..awak tak de benda2 tu..so terus mau balik...relekla brother...dorang tu pun tak tau soalan yang akan keluar..ok.

Juga..jangan lupa dulu pergi tandas..tengok cermin sikit..tengok gigi..takut ada sisa-sisa makanan ke..haha...kalau nak melepas..melepas la dulu..buang segala benda yang tak digunakan..hehe..Ha..satu lagi ni..time relek-relek tunggu masa untuk temuduga tu..jangan la banyak bercakap..pet pot sana pet pot sini..geledah sana geledah sini..Macam la orang semua kenal dia..kalau lepas temuduga..barulah boleh..lantak hang la...

3.ok..dah tiba masa anda dipanggil masuk..jalan elok-elok..Jangan jalan macam orang nak cari gaduh pulak..buka pintu..terus duduk ke?buat maacam rumah sendiri..kalau lagu tu hang buat..siapla hang..Jangan la terus duduk..masuk dengan senyuman..Walaupun awak ni bukan jenis yang pemurah senyuman..try lah senyum sket..ucap salam...lepas dia suruh duduk,barulah duduk..ucaplah terima kasih..

Jangan memandai letak beg atau fail kamu di atas meja tau...kecuali dia minta fail baru letak..Duduk baik2..Pandang muka dia..Biar dia tahu kamu betul-betul bersedia..Kalau dia puji..ucaplah terima kasih..Jangan dipuji, terus masuk bakul..angkat sendiri.."Cantik baju awak.."kata penemuduga"ye ke..saya memang dah biasa pakai macam ni..ada 30 helai lagi kat rumah lagi cantik encik..."awak pula jawab macam tu...SIIIAAAPPPPPLLLLAAAHHH...

3.Jadi..Soalan pertama untuk kamu adalah..dia akan suruh kamu memperkenalkan diri kamu sendiri..Tidak kiralah samada interview di dalam Bahasa Inggeris, Melayu atau Arab, soalan awal adalah :-

"Please introduce yourself" atau "Sila perkenalkan diri anda"


Ini adalah ayat biasa yang digunakan oleh panel untuk memulakan sesi temuduga.

Jawapan calon bagaimana?

"Saya berasal dari kampung sekian, sekian..adik beradik 11 orang, saya anak yang sulong, ibu bapa saya bekerja itu dan ini"

"saya sekolah tadika di..., "

"Saya sudah berkahwin dah punyai ....anak"

Bagi saya, jika calon menjawab seperti jawapan di atas, ia adalah suatu kekurangan pada minda calon dan 'disadvantages' buat calon tersebut.

Ini kerana calon sepatutnya memfokuskan pengenalan diri dalam hal yang berkaitan dengan kerjaya yang diminta sahaja.

Cukup memfokuskan kepada bahagian berikut :-


1) Kelulusan & Pendidikan formal: Pendidikan Sekolah Menengah dan Universiti sahaja serta kaitan apa-apa subjek yang diambil dengan kerja yang dipohon.

2) Tempat bertugas sekarang (jika bekerja, jika tidak sebutkan pengalaman di Universiti seperti Exco persatuan dan lain-lain)

3) Pengalaman dan kemahiran yang ada dan kaitannya dengan tugas yang dipohon.

Saya kira, tiga point tadi sudah cukup, tidak perlu menghuraikan silsilah keluarga, nama emak, nama atuk, kahwin, anak, kampung dan lain-lain. Ia hanya menunjukkan ketidakmatangan calon.

Panel biasanya menyoal soalan ini untuk menilai tahap fokus calon dalam menjawab soalan dan kaitannya dengan kerja yang diminta. Bukan untuk berkenalan dengan calon.Jadi, penemuduga biasanya akan menyediakan dua tahap untuk calon..ia mengikut sesebuah jawatan atau bidang yang hendak dipohon..sekiranya bidang profesional..sudah pasti..soalan yang mencabar ditanya..berlainan pula dengan bidang sokongan atau pembantu..


Tahap Satu

Selapas soalan pertama, panel biasanyakan cuba memperkembangkan soalan dari jawapan pertama calon, terutamanya dalam soal :-

1) Panel akan melihat keputusan peperiksaan dan subjek yang diambil calon sama ada di Universiti atau tempat lain, dan akan mengutarakan soalan berkenaannya. Justeru, calon mestilah cuba ulangkaji terlebih dahulu sedikit isi penting subjek yang berkaitan dengan tugasan yang diminta.

Sebagai contoh : Jika seseorang calon memohon jawatan Syariah Executive di sebuah Islamic Bank.

Sudah tentu panel akan cuba menguji ilmu dan kefahaman subjek Fiqh Muamalat yang diambil calon ketika di universiti. Demikian juga subjek Qawaid Fiqh dan lain-lain yang berkaitan.

2) Tugas yang calon lakukan sekarang (sekiranya ia sedang bertugas) dan kaitan yang boleh menyokong kerjayanya sekarang.

Tatkala itu, calon mestilah bersedia dengan segala point yang dapat mengaitkan kerjaya yang dipohon. Walaupun ia dari dua displin yang berbeza.

Sebagai contoh, calon seorang siswazah masih bertugas sebagai cashier di sebuah pasaraya (kerja sementara menunggu yang sesuai dengan kelulusannya), dan sekarang calon memohon tugas sebagai Eksekutif Akaun di sebuah syarikat swasta.

Maka calon mestilah berupaya mengaitkan faedah kerjayanya sebagai cashier dengan tugasan yang dipohon. Calon mestilah kreatif berfikir dan mengaitkannya, paling kurang pun sekurang-kurangnya sebutlah bahawa dengan kerjaya sebagai juruwang itu, anda sudah terdedah dengan suasana pekerjaan, membuat laporan, menerima arahan supervisor dan lain-lain"

Bagi saya, kemampuan calon untuk mengaitkannya dikira sebagai satu merit baik buat calon.

3) Mengapa memohon kerja ini sedangkan anda sudah bekerja sekarang.

Ini soalan yang amat biasa bagi semua jawatan. Setiap alasan anda adalah amat penting untuk panel menilai pemikiran anda dan perancangan kerjaya anda. Kematangan dalam jawapan pastinya banyak membantu,

Jawapan calon pula..

"Tak pelah, jika tak dapat jawatan ni pun saya tak la kisah sangat pun sebenarnya"

Kata sebegini adalah satu kesilapan besar.


4) Mengapa kerap menukar kerja?


Soalan ini amat relevan dan penting bagi panel iaitu dalam situasi anda pernah bekerja di pelbagai syarikat dan organisasi sebelum ini, atau kata lainnya, 'melompat-lompat'.


Mereka pasti akan bertanya sebab-musabab banyak melompat, malah sebahagian Managing Director dalam sektor 'Oil & Gas' pernah berkata kepada saya :


"Semua calon yang dilihat banyak melompat dari syarikat ke syarikat dalam tempoh kurang setahun atau dua tahun, awal-awal kami dah reject"


Lihat, malah dalam kebanyakan sektor swasta mereka akan menilai tahap kesetiaan anda dengan satu syarikat. Mereka tidak mahu anda melakukan demikian kepada syarikat mereka nanti. Jawapan konkrit perlu anda sediakan.


Tanpa jawatan konkrit, kebanyakan majikan akan menggangap individu yang kerap melompat sebagai :-

1) Tidak setia kepada satu-satu organsasi.

2) Gila pangkat.

3) Jenis bermasalah dan pastinya masalah di tempat lama.

4) Pengejar kenaikan gaji secara rakus. Iaitu dengan cara melompat-lompat.

5) Kurang kemahiran khusus dalam satu bidang kerana asyik melompat.

6) Kurang kemahiran interpersonel.

Tahap Kedua

Tahap seterusnya, panel biasanya akan mula menguji sekaligus :-


1) Tahap kemahiran ilmu dalam bidang kerja yang dipohon.
2) Cara penyampaian jawapan termasuk cara pandangan mata, cara tangan semasa bercakap
3) Tahap keyakinan semasa menjawab soalan.
4) Tahap kedinamikan calon semasa menjawab.
5) Minat calon dalam kerjaya yang dipohon.

Ini adalah antara fokus utama seorang panel. Namun, jika jawatan yang dipohon adalah sebagai eksekutif sahaja. Biasanya panel akan bersifat lebih toleransi kerana jawatan eksekutif adalah satu jawatan yang masih dikira kecil di dalam sebuah organisasi dan syarikat. Justeru, tahap ilmu dan kemahiran tidaklah menuntut satu tahap yang tinggi.


Bagaimanapun, sesiapa yang mampu menunjukkan tahap kemahiran dan ilmu dengan cemerlang sudah tentu lebih baik.

Dan..paling penting..masa menjawab soalan tu..Jawablah dengan jujur..kalau anda tak tahu kata lah tak tau..Jangan pulak memandai-mandai...n..kalau soalan dia dalam BI..Janganlah jawab dalam BM..begitu jugak sebaliknya..Jangan pulak banyak kelentong..katakan anda pandai ni..pandai tu..sekali ditanya berkaitan dengan jawapan anda..tak tau pulak..sah terang-terang menipu...

Dan semasa hendak keluar tu..Ucaplah terima kasih..Jangan kerana sudah dihentam dengan kuat dalam bilik temuduga tu tak nak ucap terima kasih pulak..Pas tu keluarla dengan baik...Jalan elok2...

* Ni la serba sedikit pengalaman dan juga rujukan saya tentang tip temuduga ni..Jangan terlalu memandang ringan terhadap perkara kecil..kerana dari perkara kecillah boleh menjadi perkara besar...so....kepada yang nak menghadapi temuduga..DO the Best..Semoga berjaya..

1 comments:

IBU LISA DI SINGAPURA said...

Saya pendatang baru di room ini ingin mengucapkan terima kasih banyak kepada KI KUNCORO karna berkat bantuan Angka togel 4D 7138 yang AKI berikan ternyata benar-benar tembus dan alhamdulillah AKI saya menang angka sebanyak Rp 200 juta dalam bentuk uang Indonesia saya menang banyak karna saya pasang angka KI KUNCORO dari 5 bandar di sini,saya tidak tau harus berbuat apa untuk membalas kebaikan AKI,awalnya saya kurang yakin dengan angka yang AKI berikan kalau ternyata alhamdulillah saya menang 4D lagi dan kalau boleh saya jujur AKI sudah berapa banyak peramal di internet yang saya hubungi tidak ada satupun yang tembus malahan hutang-hutang saya bertambah banyak tapi dengan bantuan AKI kini kehidupan saya jauh lebih sukses dari pada sebelumnya ini dan alhamdulillah saya ada rencana pulang kampung AKI karna sudah 4 tahun di SINGAPURA jadi pembantu rumah tangga tidak perna pulang ke indonesia tapi karna bantuan AKI saya akan pulang ketemu ke dua orang tua saya itu semua berkat bantuan AKI jadi bagi teman-teman pencinta togel yang tidak pernah merasakan kemenangan 4D silahkan hubungi KI KUNCORO di nomor : 0823 1332 9888 atau bisa anda >>>KLIK DI SINI<<< Karna angka yang di berikan KI KUNCORO saya sudah buktikan dalam 5 putaran ini tidak perna meleset dan saya pastikan anda tidak akan kecewah dan anda jangan mudah tergiur dengan janji-janji saatnya kita perlu bukti cuma KI KUNCORO yang menjamin 100% kemenangan.kalau mau bukti hubungi sekarang....? DARI SAYA IBU LISA TKI DARI SINGAPURA.