KLIK YE..TAKKAN NAK TENGOK AJE...

FOLLOW ME DER....

Friday, August 7, 2009

Virus Anjing Vs Virus Babi la pulak...



















Membaca Kosmo online hari ini..tekejut jugak sebab rupa-rupanya ketika virus H1N1 melanda dunia dalam tahap yang amat membimbangkan..ada pula virus yang dibawa oleh anjing...Sebelum ini pernah juga terbaca di sebuah artikel indonesia yang terdapat virus anjing tetapi tidak meragut nyawa..ia dikenali sebagai h8n8...Tetapi, terbaru daripada Kosmo hari ini,mengatakan bahawa 3 kematian dengan 10000 penduduk di China sedang dikuarantin akibat menularnya virus tersebut....hai...Dunia..dunia..macam-macam..

BEIJING - Seekor anjing dipercayai menjadi punca penularan wabak pneumonia di bandar Ziketan, barat laut China yang sehingga kini menyebabkan tiga orang meninggal dunia manakala lebih 10,000 penduduk dikuarantin, lapor media rasmi Xinhua.

Bandar Ziketan yang terletak di pedalaman wilayah Qinghai dikuarantin sejak Sabtu lalu sebagai usaha untuk mengekang penyebaran wabak yang sangat berbahaya itu.

Seorang pesakit berada dalam keadaan kritikal dan lapan lagi yang dijangkiti terdiri daripada sanak saudara mangsa pertama.

Mangsa pertama yang berumur 32 tahun bekerja sebagai penternak.

Ujian awal mendapati anjing milik lelaki tersebut mungkin menyebabkan wabak berkenaan.

Pengarah Biro Kawalan Penyakit Qinghai, Profesor Wang Hu berkata, anjing berkenaan dipercayai mati selepas memakan seekor tupai yang dijangkiti bakteria tersebut.

Lelaki berkenaan mati tiga hari selepas menanam anjingnya.

"Mangsa pertama mati kerana dipercayai (digigit kutu daripada anjing) kerana tidak memakai sebarang alat perlindungan.

"Lelaki itu yang tidak mengetahui dia dijangkiti kemudian menyebarkan kuman tersebut kepada saudara dan jiran-jirannya," kata Wang.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, bakteria yang menyebabkan wabak itu pada kebiasaannya terdapat pada sebahagian haiwan mengunggis di wilayah tersebut seperti tupai.

Agensi berita Xinhua melaporkan, Kementerian Kesihatan China bertindak mengenakan perintah kuarantin itu bagi menghalang penularan wabak.

Wilayah Qinghai merupakan kawasan bergunung-ganang yang berkepadatan rendah sekali gus membantu mengekang penularan wabak tersebut.

"Bekalan makanan di kawasan itu juga dijamin. Masyarakat tempatan tidak perlu untuk melarikan diri dari kawasan bencana," kata seorang pegawai kerajaan tempatan, Dong Fukui.

Sejumlah penduduk di Ziketan sebelum ini dilaporkan merancang untuk melarikan diri dari kawasan kuarantin. - AFP

Petikan:KOSMO online 7 Ogos 2009.

0 comments: