KLIK YE..TAKKAN NAK TENGOK AJE...

FOLLOW ME DER....

Wednesday, March 25, 2009

ISTIMEWA TELEFON BIMBIT...........


Tahukah anda bahawa fungsi telefon bimbit anda bukan sekadar digunakan untuk bermesej dan berbual sahaja?

Telefon bimbit kita sebenarnya mempunyai beberapa kepentingan yang lain yang sesuai digunakan semasa kecemasan.
1) Nombor Kecemasan- No kecemasan pada telefon bimbit kita ialah 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan juga dalam keadaan "Keypad Lock'

2) Kecemasan semasa Kereta Terkunci- Sekiranya kereta anda terkunci kerana anak kunci itu tertinggal di dalam kereta, Janganlah anda begitu cepat mengambil jalan mudah dengan memecahkan cermin kereta. Anda hanya perlu melakukannya dengan meggunakan telefon bimbit anda. Anda hanya perlu menghubungi orang yang di rumah anda yang memegang kunci pendua kereta anda. Suruh dia menekan punat "ON" pada kunci pendua tersebut.dan pastikan Kunci pendua itu didekatkan dengan telefon bimbitnya ketika dia menekan punat kekunci tersebut.Kemudian, anda pula hanya perlu memegang telefon bimbit anda kira-kira 30 cm daripada kereta anda. selepas itu pasti kereta anda tidak akan terkunci lagi..kerana itu, penting untuk anda menyimpan kunci pendua pada orang yang anda percayai..

3)Kuasa Bateri Tersembuyi- Tahukah anda bahawa walaupun telefon bimbit kita kehabisan bateri, kita sebeanarnya boleh menggunakannya dalam keadaan kecemasan kerana ia menyimpan bateri tambahan. Telefon bimbit jenis NOKIA, ada menyimpan bateri simpanan. dengan menekan butang*3370#,telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu tentang penambahan bateri sebanyak 50% di dalam telefon anda. Kuasa Penambahan ini juga akan dicas semula apabila mengecas telefon bimbit anda.

4)Telefon Kena Curi- Bagaimana pula jika telefon kena curi?Anda boleh mengaktifkan no siri telefon bimbit anda dengan menekan*#06# dan 15 digit no siri telefon anda akan dipamerkan di skrin telefon anda.Catatkan no siri ini dan simpannya di tempat yang selamat.Jika telefon bimbit anda kena curi, anda boleh menghubungi pusat servis telefon bimbit anda dan memberikan kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci sistem yang ada pada telefon bimbit anda,dan sesiapa yang mencurinya sudah pasti hampa kerana walaupun telah ditukar kad Simnya, telefon itu tetap juga tidak dapat diaktifkan. Oleh itu, walaupun telefon bimbit anda dicuri, sekurang-kurangnya anda akan berpuas hati kerana si pencuri tidak akan dapat menggunakannya mahupun menjuanya...

Beginilah...Istimewanya telefon bimbit yang kita gunakan...

0 comments: