KLIK YE..TAKKAN NAK TENGOK AJE...

FOLLOW ME DER....

Sunday, April 5, 2015

CARA BERHEMAH DAN BERJIMAT MENGHADAPI GST

APA ITU GST?

-Apa itu GST? GST adalah singkatan bagi Goods & Service Tax atau dalam bahasa melayunya, Cukai Barangan & Perkhidmatan.
Iyalah, ramai yang mengomel, mengeluh dan risau apabila kerajaan bercadang melaksanakan GST dalam sistem percukaian negara bagi memantapkan lagi hasil dan ekonomi negara.
Bagaimana Cara Berhemah Menghadapi GST?
1. Beli barang ikut keperluan sahaja. Tak payah terlalu ikut kehendak, kerana semua tu hanya membazir.
2. Beli barang sekali sahaja dalam sebulan khasnya barang-barang keperluan seperti barang keperluan dan barang2 dapur. Hal ini dapat mengelakkan kita berbelanja lebih daripada perancangan. Beli la barang2 yang kita senaraikan selepas pay day iaitu hujung bulan, dan barang-barang tersebut merangkumi kegunaan satu bulan terus.
3. Pilih la kedai-kedai yang menawarkan sale dan harga yang murah, untuk mengelakkan kita mengeluarkan belanja lebih. Bolehlah buat perbandingan harga tentang harga barang di sesebuah tempat. Jadilah pengguna yang bijak.
4. Kalau nak makan, bagus makan di warung-warung biasa yang tak berdaftar dengan GST, Tak payahlah hari-hari nak makan di restoren-restoren mewah..GST nya mak aih....jangan terperanjat kome nengoknya..even restoren nasi ayam pun melambung naik harga.
5. Last sekali, jagalah kaki anda sendiri...elakkan selalu berjalan-jalan shopping kat luar atau buat window shopping kerana tu menyebabkan anda akan mengeluarkan duit untuk shopping jugak apabila dah dapat gaji nanti.....
so....kesimpulannya, pandai-pandailah berhemah dan berjimat...dunia sentiasa berubah.. Jangan biarkan dunia mengubah kita, tetapi kita yang sepatutnya mengubah dunia..

0 comments: