KLIK YE..TAKKAN NAK TENGOK AJE...

FOLLOW ME DER....

Tuesday, February 10, 2015

Jagalah ibu dan bapa selama mereka masih ada bersama kita

Keluarga ialah sesuatu yang tidak ada galang ganti..tidak boleh dijual beli. Ibu bapa membesarkan kita dari rahim sehinggalah kita dewasa..mendidik dan mengasuh kita dengan mencurahkan ilmu kehidupan. selalu berada di samping kita apabila susah.tatkala yang lain meninggalkan kita apabila susah..ibu bapa tetap di samping kita. Memberi dorongan dan sokongan. Siapapun kita..tetap mereka terima walaupun kita mungkin seorang penjenayah,atau apa saja kejahatan yang kita lakukan..tetap mereka maafkan. Apabila senang dan sudah dewasa serta berjaya,janganlah kita buat-buat lupa akan ibu bapa.tiada bertanya khabar berita.tiada memberi wang belanja.tak sedarkah kita,siapa yang memberi wang kepada kita ketika kita memerlukan dulu?Tak sedarkah kita yuran dan keperluan sekolah kita siapa yang bayar? Tak sedarkah siapa yang menghantar menjemput kita dari sekolah?tak sedarkah siapa yang memberi pendidikan kepada kita..masa cuti..ramai yang lagi suka menghabiskan masa berjalan di pusat membeli belah,duduk di rumah depan tv goyang kaki..berjalan ke sana sini makan angin..tapi berapa orang yang datang menjenguk ibu bapa mereka di kampung?Tahukah kita,betapa gembiranya mereka menerima kunjungan kita?betapa terharunya mereka apabila kita dengan berselera makan masakan mereka?betapa gembiranya mereka apabila menatap wajah kita yang apabila dewasa semakin jarang mereka tatapi? Apabila kita bercuti makan angin menikmati makanan yang sedap2..mungkin emak dan bapa kita di kampung makan ala kadar saja...mungkin tempat menarik bagi mereka hanyalah di kebun atau di lautan menjaring rezeki sebagai nelayan...apalah salahnya..kalau kebahagiaan itu kita kongsikan bersama mereka..supaya mereka terasa diri mereka sangat berharga buat kita...ingatlah..jangan sesekali lupa mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita..mereka adalah pahala untuk kita..selama mereka ada di dunia ini..mereka sangatlah berharap kita sentiasa ada untuk mereka..jangan sampai apabila mereka telah tiada..barulah menangis penuh sesalan..semuanya telah terlambat...hargailah mereka selama mereka masih ada..apabila  mereka tiada suatu hari nanti,kita tidak akan rasa menyesal dan bersalah..kerana sepanjang mereka hidup..kita sentiasa memberikan kebahagiaan..sekian..coretan kali ini..mood nak balik kampung cuti tahun baru cina ni..nak jumpa mak..dan ayah tersayang..

0 comments: