KLIK YE..TAKKAN NAK TENGOK AJE...

FOLLOW ME DER....

Saturday, March 5, 2011

Salah Siapa Sebenarnya ini?Buka Minda, buka hati..Cermin Diri,Hiasi Peribadi!

Gambar di atas, hanyalah gambar hiasan sahaja..


Warkah Dari Wong Map...

Semakin hari, aku semakin mengerti apa itu kesederhanaan yang sebenarnya... Sederhana dalam semua perkara itu sangat penting..Berlebih-lebih dalam mengejar duniawi adalah tidak bermakna jika amal dan ibadat kita tinggalkan. Semakin hari juga aku semakin mengerti,mengapa manusia itu cepat lupa apabila sudah dilimpahi dengan kesenangan..Apabila nampak kemewahan di depan mata, jarang yang sedia bersyukur dengan pemberiannya...Tetapi malah makin tamak mengejar yang lebih banyak lagi.
Dan yang paling tragis dan sedih bagi saya ialah, ketamakan itu menyebabkan kita tidak mengenal apa itu tanggungjawab, tidak mengenal kawan,tidak mengenal keluarga.
Diibaratkan seorang pemimpin..Yang mempunyai harta berjuta-juta, kerana matanya telah gelap dengan wang, sampaikan amanah kepada rakyat sanggup diambil olehnya..Rakyat pula menderita tersiksa..Ada yang hidup dalam tangisan..Kerana kelaparan..Ada yang hidup kais pagi makan pagi..Ada pula yang hidup,kais pagi tak makan-makan...Sedangkan pemimpin yang diharapkan dapat melindungi rakyat dan membantu rakyat goyang kaki melebarkan empayar perniagaannya di seluruh dunia...Nah..begitulah analogi yang ingin saya ambil tentang kehidupan ini..Aku bersyukur kerana aku dilahirkan sebagai manusia yang serba kekurangan. Bila aku dilahirkan serba kekurangan, aku akan tidak mudah lupa diri..Tidak lupa pada sesiapa yang membantuku..Sedari kecil hidup aku penuh penderitaan..Makan ala kadar..Ibu dan ayahku cuma petani yang waktu dulu hidup kais pagi makan pagi..


Aku datang ke sekolah berjalan kaki,meredah semak samun, sungai, dan juga mendaki bukit yang tinggi-tinggi..Itu sebab aku dulu malas ke sekolah..Apabila umurku genap 13 tahun,dan didaftar sebagai pelajar sekolah menengah..Tau tidak?Mak dan bapaku menghantar menggunakan Bot yang dipasang Yamaha Berkuda 6 sahaja, dan perjalanan dari rumah ke sekolah adalah kira-kira 7-8 jam. Kalau sekolah dibuka hari Ahad, mak dan ayah akan menghantarku pada hari Sabtu, dan malam itu, kami bermalam di kaki lima tokey Cina di Pasar Julau..Tidur beralaskan Canvas penutup barang,Tidur beralaskan kotak..Esok pagi, barulah ayah menghantarku ke sekolah dengan menumpang van-van pemandu yang ada. ..Bila aku di Tingkatan 6. Jalan raya sudah ada..Tapi jalan balak..Aku menumpang Hilux pemandu yang khas di kampungku yang agak berada sedikit kerana dapat beli hilux la kan..Tahu tak aku dan kawan-kawan aku duduk kat mana? jarang kami duduk di dalam Hilux itu, kami di luar. Dapat special seat..Bersama barang-barang..Bersama guni-guni baja dan longgokan barang yang dibawa oleh pemandu itu.Kalau pemandu tu beli ayam hidup..Ha..siaplah berbalut dengan tahi-tahi ayam kat luar tu...Tahu berapa jam perjalanan kami untuk sampai ke rumah? 4-5 jam baru sampai. Itu nasib baik kalau cuaca baik,kalau hari hujan..berhujanlah..kalau panas,berpanaslah..Debu2 berterbangan, sampai masuk ke mata, adalah hal biasa.Jalan balak kan?..Rambut kering macam dawai, hal biasa..Sampai di rumah, basuh 2 3 kali nak buang debu tanah yang melekat di rambut.



Dan aku memang dah hidup 23 tahun sebagai anak petani..Anak orang hulu-hulu sungai.Menjerat burung,menjerat tupai, menangkap ikan, memukat ikan, mengail ikan, semua aku dah buat..Menoreh getah sejak umurku 14 Tahun. Sampai aku sampai di Universiti kini, masih lagi aku menoreh..Kalau aku balik semula ke Universiti selepas cuti panjang, ramai kawan-kawan kata aku dah hitam. Aku jawab," Aku menoreh getah" Apa nak malu kan? Asalkan aku mencari rezeki yang halal,untuk aku beli buku,untuk aku beli tiket dan buat perbelanjaan aku di kampus.
Kepada pemimpin-pemimpin negeriku..Janganlah mengisi perut kamu semua sahaja, fikirkan mereka yang memerlukan duit untuk ke sekolah..Jangan kerana tidak ada duit, mereka tidak bersekolah dan menjadi buruh/kuli2 cina..Mereka juga punya hak menuntut ilmu..Berikanlah kemudahan yang mencukupi kepada mereka, agar mereka dapat menikmati kehidupan seperti masyarakat di Sarawak yang lain. Jangan hanya pandai menabur janji manis sahaja.Berbohong tak ada bayaran itulah orang kata seperti YB Menabur janji kan?Kalaulah Yang Berusaha-Yang Berusaha ini boleh mati di Rostrum semasa berucap disebabkan berbohong kepada rakyat dengan menabur janji-janji kosong.Saya percaya ramai YB akan mati..haha...
Bayangkanlah kalau anak-anak anda semua seperti kami..Tapi mustahil lah kan? Anda semua bukannya menghantar anak-anak anda ke sekolah tempatan..Biasa menghantar anak-anak ke Australia, ke London, Ke Amerika untuk belajar..Cubalah hantar anak-anak anda belajar di sekolah ulu sungai..Supaya mereka turut merasakan pengalaman betapa seksanya menuntut ilmu dalam keadaan serba kekurangan ini..Sekian sahaja..Sekadar luahan bicara hati..

*Luahan hati : Penghuni Rimba.
Kepada pembaca yang dihormati.Hanya insan2 yang mengalami hidup seperti ini sahaja yang faham...Yang biasa hidup senang lenang,takkan pernah faham..huhu..Kepada sahabat-sahabat dari Rantau Limau..Teman-teman seperjuangan waktu sekolah dulu..Semoga semua ini boleh membuat anda tersenyum....Kerana kita semua pernah merasainya..

2 comments:

MawarBerduri88 said...

yup..krn kta sma n kta adalah rakan sperjuangan..susuh sng kta harungi...dmi mgejar cita2...meskipun kdg2 bteman air mata nmn itu bkn alasan utk mgundur dri..itulh kita..bjiwa kental dan pnh ksabarn...pglmn hdp yg susah n serba kkurangan mengajar kta untuk lbh brani mghadapi hdp...meski dtindas, dhina, dcerca nmn kta pekakkn telinga krn kta ada azam, ada impian, ada cita2 n ada tanggungjawab...tp mengapa org yg kaya n yg kta harapkn bri prlindungn n kbajikn buat kta mrka itulh yg mnindas, mghina, mcerca kta?x skelumit rasa kasihan mlh beban yg kta tanggung, mlihat ksusahn kta?tp bla inginkn sokongn, manis mulut bbicara x tkata..itulah manusia yg x punya nilai kasih sayang sesama insan...bla dah senang kta dlupakn...

kk88 said...

ya meh mint..pengalaman hidup ke paling bermakna dalam hidup kitai..ngambi bisi ditusi ngagai bala ke bukai jemah ila..