KLIK YE..TAKKAN NAK TENGOK AJE...

FOLLOW ME DER....

Saturday, March 12, 2011

Bila Tsunami di Jepun menjadi bahan lawak bagi akhbar Malaysia!


salam..entry kali ni agak santai sedikit..tapi membuatkan kita berfikir sejenak..Mengapa pihak editor salah sebuah akhbar di negara kita ni membutakan mata sampaikan Tsunami yang melanda di Jepun pun menjadi bahan lawak. Dilukiskan kartun Ultraman yang konon-kononya lari menyelamatkan diri daripada ombak besar Tsunami. Kenapa tak memilih kartun yang menunjukkan kesedihan terhadap mangsa Tsunami? Agaknya editor ni terlepas pandang..atau saja tak terpandang /terfikir benda2 macam ni..Sedih juga..sepatutnya benda2 macam ni bukan menjadi bahan lawak. Mentang2 lah kita di Malaysia tidak lagi dilanda bencana macam ni..Suka hati pula kita mentertawakan orang ya. Apa kata kita pejam mata sekejap, bayangkan macam mana keadaan mangsa Tsunami..Mayat bergelimpangan dihanyutkan air deras, kereta,rumah dan harta benda musnah dalam sekelip mata. Esak tangis di sana sini dengan jeritan ketakutan..Kita pula mentertawakan mereka...Huh..Kepada editor..Jangan amalkan prinsip " Lu Fikirlah sendiri ya.." kerana malas berfikir la kita tak tengok daripada pelbagai sudut, sehingga ada sudut tertentu kita terlepas pandang..

0 comments: