KETIKA bersekolah dulu, saya suka pergi ke ‘funfair’ di Alor Setar, Kedah. Dulu, ‘funfair’ dan ekspo kerap dibuat di Tapak Pesta, Kanchut. Sekarang kawasan itu sudahpun dibangunkan dengan wajah Menara Celcom, deretan rumah kedai serta kopitiam.
Kalau ke ‘funfair’, saya tidak akan lepaskan peluang masuk rumah hantu. Maklumlah, selepas puas berasak-asak tengok konsert Hail Amir, Uji Rashid, Jay Jay & Carefree, rasanya tak lengkap kalau tak jenguk sekejap ke rumah hantu.
Kalau nak dibandingkan dengan rumah hantu yang saya lawat di Universal Studios, Hollywood, Julai lalu, apalah sangat rumah hantu yang ada di Tapak Pesta Kanchut itu.Namun yang ada di Kedah itu tetap klasik, seram dan sudah cukup untuk membuatkan mereka yang masuk terjerit macam kena sampuk! Peliknya, bukan banyak sangat hantu yang ada pun.
Adalah tiga empat ekor, tetapi suasana gerunnya tetap terasa apabila dah berbau kemenyan, kelam gelemat (gelita) dan ditambah dengan ‘whistling sound’ serta ‘penataan skor muzik’ yang boleh tahan juga hebatnya.
Satu malam yang agak kurang orang, saya dengan seorang kawan memberanikan diri masuk lagi ke rumah hantu yang baru. Seperti biasa, dalam rasa takut, kami tetap gatal kaki hendak masuk dan mula bertolak-tolak. Kali ini agak ‘tricky’ juga cabaran di rumah hantu itu sebab kena lalui jambatan yang lengkap dengan ‘kubur’.Selepas berjaya melepasi set bertaraf Hollywood itu, kami ingat semua sudah selesai. Tiba-tiba bahu saya terasa disentuh sesuatu dan lebih mengejutkan ia memanggil-manggil nama ‘childhood’ saya: “Yein, Yein...”Apalagi, pusing saja ke belakang saya, macam nak luruh jantung apabila ada kelibat seekor hantu berjubah putih! Tiba-tiba lembaga itu membuka topeng hantunya dan berkata: “Wei ni aku la... Wan, Wan Jomod”.Hish, binawe betul. Memang geram sungguh saya dibuatnya: “Hang memang bar** Wan, jebon betoi!!” jerit saya.Esoknya, saya sempat tanya Wan macam mana dia boleh nampak kami dalam cahaya kelabu asap itu. Katanya, ketika pengunjung hendak masuk ke rumah hantu itu, mereka sudah boleh mengintai awal-awal lagi di celah satu dinding. Patutlah. Apapun itulah kerja sambilan Wan sebagai hantu dengan bayaran RM20 semalam untuk mena�kutkan orang!Apa yang saya ingin katakan di sini, manusia memang suka berhibur walaupun dalam keadaan yang takut. Sekalipun kita tahu hantu-hantu di dalam rumah hantu itu semuanya ‘auta’, kita tetap akan berasa seram dalam seronok.Inilah fenomena yang terus dilihat terhadap filem seram yang mendapat sambutan berjuta-juta ringgit di panggung ketika ini. Jangan Pandang Belakang Congkak 2, Ngangkung dan sekarang, Hantu Kak Limah Balik Rumah, membuktikan orang kita suka berhibur dengan kisah-kisah sebegitu.Namun bezanya, Hantu Kak Limah Balik Rumah adalah filem antitahyul. Pengarah Mamat Khalid dalam kritikan sosial terbarunya, cuba menyedarkan masyarakat bahawa jangan terlalu percayakan tahyul dan mudah membuat spekulasi. Banyak perkara yang tidak betul akan nampak betul kalau kita sudah tanamkan dalam fikiran itu bahawa ia betul. Bak kata Tok Bomoh Siam dalam cerita itu, kalau kita ingat kat dia, dia akan ingat kat kita.Saya akui sudah dua kali menonton filem ini dan saya suka Hantu Kak Limah Balik Rumah seperti saya sukakan filem Man Laksa yang juga arahan Mamat dulu.Dilihat secara keseluruhan, Hantu Kak Limah Balik Rumah bukanlah sebuah karya yang sempurna kerana masih beberapa sudut yang longgar, namun filem ini jauh lebih baik daripada Zombi Kampung Pisang yang saya anggap haru-biru.Kali ini kisahnya lebih tersusun dan kemas. Cuma penghujung�nya sedikit meleret.Hantu Kak Limah sebenarnya adalah kesinambungan cerita yang membabitkan penduduk Kampung Pisang yang tidak terlalu ramai, tetapi kecohnya mengalahkan penghuni wad Hospital Bahagia.Seperti yang kita tahu, Hantu Kak Limah Balik Rumah adalah filem komedi yang bercorak ‘parody’ yang banyak aksi ‘comical’. Ada babak yang nampak keterlaluan dan tidak logik tetapi ia bukan perkara asing seperti yang kita lihat dalam filem import - Kungfu Hustler, Scary Movie, Naked Gun dan The Mask.Asasnya, Mamat ingin mengajak peminat berhibur dalam gaya komedi seram yang berbeza. Bagi saya, hantu Kak Limah Balik Rumah boleh menjadi ubat untuk melepaskan ‘stress’ dan ‘tension’. Sesekali fikir, seronoknya macam masuk ke rumah hantu pula! - roslenmetro@yahoo.com
Siapa cakap gaji aku RM1 juta? – Jojo Ghazali
-
Johan GhazaliPETALING JAYA – Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali
menafikan pendapatan yang diperolehinya ketika ini sehingga RM1 juta.Johan
atau nama gel...
1 day ago
1 comments:
Great Blog....keep Blogging...!!
Post a Comment