SAO PAULO: Polis Brazil mula melakukan siasatan terhadap kes seorang wanita tua yang diisytihar mati, tetapi terjaga ketika berada dalam keranda beberapa jam kemudian di sebuah rumah mayat.
Wanita berusia 88 tahun itu, Maria das Dores (gambar) diisytihar benar-benar mati dua hari selepas kejadian itu.
Namun, siasatan yang dilakukan polis di Minas Gerais bertujuan memastikan sama ada penjagaan kesihatan yang teruk dan kesilapan dalam menentukan penyakit menyebabkan kematian wanita itu. Akhbar O Globo memetik kenyataan pejabat Datuk Bandar Ipatinga sebagai berkata, doktor mengesahkan Maria mati Rabu lalu. Dia bagaimanapun terjaga ketika dalam keranda empat jam kemudian sebelum dihantar ke hospital serta-merta.
Menurut kenyataan itu, Maria mati dua hari kemudian tetapi tidak menyebut punca kematiannya kecuali berkata, dia menghidap darah tinggi. - AP
0 comments:
Post a Comment