KLIK YE..TAKKAN NAK TENGOK AJE...

FOLLOW ME DER....

Saturday, January 2, 2010

kongsi Info Tentang Pasir Jerlus...

Teringin nak cari maklumat tentang pasir jerlus, sejurus selepas kejadian di mana 4 beradik yang meninggal disedut pasir jerlus di Sg Rajang bulan lepas...Harap2 info yang tak seberapa ni boleh membantu.

SIBU: Empat adik beradik yang keluar mencari siput di tebing Batang Rajang kira-kira 24 kilometer dari pusat bandar Sibu, dikhuatiri lemas selepas hilang dalam kejadian pasir jerlus petang kelmarin.Keempat-empat adik beradik malang itu dikenali sebagai Wong Sie See berusia enam tahun, Wong Sie Hou, 8, Wong Sie Sang, 10, dan Wong Sie Kong, 12.
Turut nyaris terkorban ialah ibu mereka yang berusia dalam lingkungan 30-an.
Mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan suaminya, selepas terkapai-kapai sambil menjerit meminta tolong.
“Pengakhiran tahun 2009 benar-benar tragis buat saya dan isteri. Sehingga kini saya masih belum dapat melelapkan mata dan sentiasa terbayangkan wajah mereka,” ujar bapa mangsa ketika ditemui semalam.
Katanya, kejadian itu dipercayai berlaku sekitar jam 3 petang ketika mereka sedang bersiap hendak pulang menyalin pakaian di rumah saudaranya yang terletak beberapa meter dari tempat kejadian.
Sebelum itu, mangsa sekeluarga difahamkan berjaya memperolehi sejumlah siput di sepanjang tebing Batang Rajang, untuk sajian makan malam.
Jelas bapa mangsa lagi, dia berjalan di hadapan sementara isteri dan keempat-empat anaknya mengikut dari belakang.
“Saya terdengar isteri saya menjerit meminta tolong da-lam keadaan hampir tenggelam. Pada masa itu, kesemua anak saya sudah tidak kelihatan lagi,” ujarnya.
Tersentak dengan kejadian itu, dia terus memaklumkan perkara tersebut kepada ahli ke-luarganya dan pada masa sama menghubungi pihak polis.
Selain polis, turut bergegas ke tempat kejadian ialah anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sibu.
Namun usaha mencari dan menyelamat (SAR) terpaksa dihentikan sekitar jam 7 petang, selepas suasana di tempat kejadian semakin gelap.
Operasi SAR bersambung semula sekitar jam 8.30 pagi semalam, di sepanjang tebing Batang Rajang.
Turut berkunjung ke tempat kejadian ialah Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu Superintenden Zamani Hamdan.
Zamani ketika ditemui memberitahu, operasi SAR akan diterus dilakukan sehingga keempat-empat adik beradik tersebut ditemui.
“Insiden ini benar-benar memilukan dan kita ucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
“Rondaan di sepanjang tebing Batang Rajang akan terus dilakukan sehingga kesemua mangsa ditemui,” jelas beliau.
Katanya, kes tersebut se-hingga kini diklasifikasikan sebagai kes lemas.
Dalam pada masa yang sama, beliau menasihati ibu bapa supaya berwaspada dengan anak-anak mereka sekira-nya mengadakan aktiviti berhampiran sungai, meman-dangkan paras air sentiasa meningkat akibat cuaca yang tidak menentu.

Sumber: WWW. mysarawak.org.(22 Disember)
INFO:
Pasir jerlus merupakan koloid hidrogel yang mengandungi bahan yang berbutir halus (seperti pasir atau kelodak), tanah liat dan air masin.
Pasir jerlus ialah
bendalir bukan-Newton apabila tidak diganggu ia selalunya muncul sebagai pepejal (seperti "gel") tetapi gangguan kecil (kurang daripada 1%) akan mengubah tekanan pasir jerlus dan menyebabkan penurunan kelikatannya.

Pasir jerlus terjadi apabila air membasahi kawasan di mana keadaan pasir agak longgar sehinggakan pasir tersebut bergerak-gerak. Semasa air itu terperangkap dalam kumpulan pasir tersebut, ia membentuk pasir cair yang tidak mampu menampung berat lagi. Terdapat dua situasi yang memungkinkan pasir jerlus berlaku iaitu:
1.Tarikan air yang mengalir ke atas yang melawan tarikan graviti menyebabkan butir-butir pasir untuk menjadi lebih mengapung.

2. Tarikan air yang mengalir ke atas yang melawan tarikan graviti menyebabkan butir-butir pasir untuk menjadi lebih mengapung.

Pasir jerlus biasanya terjadi di kawasan yang agak lemah tanahnya seperti mata air, sepanjang tebing sungai, sekitar tasik, kawasan paya atau di persisiran pantai.

Langkah Keselamatan Terhadap Pasir Jerlus
1. Ketika anda berada di kawasan lembap seperti di persisiran pantai, paya dan sungai atau berada di kawasan di mana mata air bawah tanah berbuih keluar, kemungkinan pasir jerlus berada di situ amat tinggi. Jadi anda janganlah hanya melihat sahaja tetapi bergerak sedikit langkah dan rasakan keadaan tanah. Jika tanah yang dipijak agak lembik, berundurlah ke belakang secepat mungkin. Pasir jerlus biasanya mengambil masa 1 hingga 2 saat sebelum ia mencair.

2.Oleh sebab badan manusia kurang tumpat berbanding pasir jerlus, anda tidak akan tenggelam melainkan jika anda panik dan menggapai-gapai tubuh badan secara kekerasan (menyebabkan pasir jerlus menjadi lebih cair) atau dibebani oleh sesuatu barang.
Jika kamu merasakan bahawa anda berada di atas pasir jerlus dan memakai barang yang berat (khususnya beg), segera lemparnya keluar. Jika mampu menarik keluar kasut yang dipakai adalah dibenarkan (khususnya
kasut yang mempunyai tapak yang rata dan tidak mudah dibengkokkan seperti kasut but yang menghasilkan tarikan dan menyukarkan anda untuk timbul ke atas).
Sebagai langkah keselamatan, anda perlu menukar kasut yang lebih sesuai atau berkaki ayam jika berada di kawasan
lembap.

3. Tubuh badan manusia mempunyai purata ketumpatan 62.4 paun sekaki padu (64.4 paun/kaki³). Pasir jerlus mempunyai ketumpatan kira-kira 125 paun/kaki³ (2 g/cm³) yang lebih tumpat berbanding air yang mempunyai ketumpatan purata 65 paun/kaki (1 g/cm³) yang bermakna seseorang itu boleh mudah terapung atas pasir jerlus berbanding air.
Jika anda disedut ke dalam pasir jerlus, anda perlu bertenang supaya keapungan tubuh badan
stabil dan membolehkan anda terapung perlahan-lahan.

4.Tarik nafas sedalam-dalamnya. Perbuatan tersebut bukan hanya membantu menenangkan anda tetapi ia juga membuatkan anda lebih mengapung. Jadi anda tidak akan tenggelam kerana paru-paru anda penuh dengan udara.

5.Jika anda tenggelam separas tulang pinggul atau lebih tinggi daripadanya, bengkokkan ke belakang. Lebih banyak berat anda dilepaskan keluar semakin sukar untuk tenggelam. Timbulkan sementara anggota belakang anda sementara anda cuba menarik keluar kaki secara perlahan dan berhati-hati. Setelah kaki anda sudah dibebaskan, anda mungkin boleh menjarakkan diri anda dengan cermat menggunakan lengan anda secara pelahan-lahan dan dengan lancar menimbulkan anda. Jika anda berada berhampiran pinggir pasir jerlus, anda boleh berguling-guling sehingga ke daratan yang keras.

6.Batang kayu bukan sahaja dapat mengesan kehadiran pasir jerlus tetapi mungkin boleh membantu jika menghadapi situasi disedut pasir jerlus.
Jika anda merasai kaki anda tenggelam, cepat-cepat letakkan batang kayu secara mendatar atas permukaan pasir jerlus di belakang anda. Deburkan anggota belakang anda atas batang kayu tersebut. Selepas beberapa
minit, anda dapatkan keseimbangan dan anda tidak akan tenggelam. Ambillah batang kayu tadi dan letakkan secara menegak di bawah tulang pinggul anda. Batang kayu ini dapat mengelakkan tulang pinggul anda daripada tenggelam, jadi anda boleh menarik keluar salah satu kaki anda diikuti kaki di sebelahnya. Imbangkan anggota belakang anda dengan lengan dan kaki anda mencecah permukaan pasir jerlus sepenuhnya dan gunakan batang kayu tersebut sebagai panduan. Gerakkan batang kayu tersebut demi selangkah dan selangkah sehinggalah hampir ke tanah yang keras.

TIPS:Jika dikangkangkan kaki dan baring secara terlentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.Teknik ni takkan dapat diketahui keberkesanannya jika anda tidak mencuba. Semakin banyak anda meronta...semakin dalam anda disedut.Percayalah!

2 comments:

Anonymous said...

Tulisan pakai warne terang , background plak warne putih. Sakit mata bila nak baca

Anonymous said...

hurm, kalau boleh kan author, gunalah warna yang agak bersesuaian. Apapun terima kasih untuk info.