KLIK YE..TAKKAN NAK TENGOK AJE...

FOLLOW ME DER....

Friday, January 8, 2010

Allah is just a Word...The important is Malaysia...where is Our 1 malaysia?Jangan biarkan sentimen Agama menggugat keamanan negara..



Since ade isu2 pasal agama ni..macam-macam perkara yang berlaku..tidak ada yang berfikir untuk menyelesaikannya secara damai dan berbincang mengenainya. Bahkan ada pula yang sanggup bertindak melulu sehingga membakar gereja yang menjadi tempat beribadat bagi Umat kristian.Bahkan ada yang sanggup memecahkan kereta yang mempunyai lambang rosary dan lambang berunsurkan agama kristian...Saya sangat sedih...Saya sangat terkilan dan berasa malu menjadi rakyat Malaysia..Tetapi apabila berada di negeri saya sendiri, saya berasa bangga menjadi anak Sarawak.Hal ini kerana, di Sarawak, penuh dengan keamanan dan keharmonian, tiada penindasan, tiada penghinaan..jauh sekali untuk mencemarkan dan memusnahkan tempat ibadat agama lain. Islam dan Bukan Islam sangat senang untuk bersatu..bekerjasama dalam segala hal..


Wahai rakyat Malaysia...Janganlah kerana isu-isu atau sensitiviti agama ini maka rakyat kita yang terkenal dengan kemakmurannya ini berpecah belah.Kita sebagai Umat yang beragama sudah tentu agama kita mengajar kita ke arah kebaikan,bukannya kejahatan..Apa-apapun agama di dunia ini semuanya menjurus ke arah kebaikan. Tiada satu pun yang mengajar kita untuk menjadi orang yang jahat. Oleh itu dengan amalan yang dituntut oleh agama itulah maka kita tunjukkan yang diri kita adalah beragama..Perbuatan khianat dan tidak hormat akan agama orang lain itu adalah perbuatan Iblis


Kepada pemimpin kita..Janganlah hanya berdiam diri dalam menangani isu ini..Cakap banyak di hadapan media adalah tidak berguna, seperti tebu yang hanya mempunyai hampas sahaja..Cubalah buat praktikal dengan apa yang dipercakapkan. Pihak pemimpin perlu berbincang antara satu sama lain..Negara kita adalah negara yang demokrasi..Negara satu Malaysia, yang mana semua kaum berusaha dan berganding bahu untuk mencapai pembangunan dan matlamat negara kita..Bukan saling menuding jari dan mengkhianati sesama sendiri.


Akhir kata, cintailah Malaysia yang kita ada sekarang...Kita hidup dalam satu negara. Kita inginkan perpaduan, keharmonian dan kedamaian.. Elakkan daripada terus menimbulkan sensitiviti yang akan mengakibatkan peperangan,perbalahan, perpecahan. Banyak kesan buruk yang mungkin terpaksa kita hadapi sekiranya semua hanya khianat- mengkhianati antara satu sama lain..Mungkin juga 1 Malaysia tiada nilainya..Mungkin juga ekonomi negara akan merundum jatuh kerana dibazirkan untuk perkara yang boleh selesai sekiranya perundingan secara damai dijalankan...Mungkin juga akan lebih banyak anasir-anasir luar yang mencampuri urusan di negara kita..Semua kemungkinan ini jika kita bayangkan ia akan terjadi...Kita tidak akan sanggup membiarkan negara kita hidup berbalah sesama sendiri...


* CINTAI NEGARA...Bukan budaya kita mengganas...Bukan tuntutan dalam agama kita untuk mengkhianati sesama sendiri..Sebaliknya berfikirlah ke arah masa depan negara...Ke arah negara 1 MALAYSIA>>

2 comments:

Anonymous said...

sarawak contoh 1 Malaysia yang sebenar...

mayChres87 said...

sarawak is the best...