Di sini saya ada sedikit perkongsian...Tentang sebuah kehidupan..Kita tidak dapat lari daripada masalah kerana masalah itu tandanya kita hidup..Seringkali juga, apabila masalah melanda dalam kehidupan kita,Barulah kita menadah tangan memohon doa..barulah kita minta diberi petunjuk oleh Tuhan..Sedangkan semasa senang,kita alpa dan leka..bahawa hidup ini bukanlah untuk perkara-perkara yang menggembirakan sahaja...saya suka berkongsikan satu teori..teringat saya akan kata-kata seorang Pensyarah saya..Dr. Abu Hassan..beliau berkata sekiranya hati kita tidak dibersihkan ia akan menyebabkan kita mudah terkena penyakit..hal ini kerana, badan kita mempunyai 70% air di dalamnya..sekiranya hati kita kotor, air itu pun kotor..Dan akan menyebabkan kekotoran merebak ke seluruh badan..teori ini dibuktikan oleh para saintis di Jepun yang menguji melalui dua helai kertas...sehelai kertas ditulis dengan perkara-perkara yang baik dan sehelai lagi ditulis dengan perkara-perkara yang tidak baik..setelah itu kertas dimasukkan ke dalam dua balang air..yang sama-sama jernih.. dibiarkan kertas itu berapa lama..dilihat..kertas yang mengandungi perkara-perkara yang tidak baik,mempunyai molekul-molekul air yang sangat kotor..manakala kertas yang ditulis perkara-perkara yang baik masih jernih seperti sedia kala..Teori membuktikan bahawa pentingnya kita mempunyai hati yang bersih..bukan sahaja kerana untuk mendapat pahala dan juga tuntutan agama..
Hati yang bersih adalah seperti sebatang sungai yang sangat besar dan lebar...Hati yang bersih tidak akan menyebabkan hati-hati lain terluka..Tetapi merawat luka pada hati-hati yang lain...Hati yang bersih tidak menyimpan dendam...lebih banyak memberi daripda menerima..dan hati yang bersih juga tidak akan bahagia selagi dia tidak meminta maaf atas semua kesilapannya..Hati yang bersih adalah hati yang tabah menerima ujian kehidupan dan hati yang bersih adalah selalu berasa bersyukur dengan apa yang dimilikinya sama ada kekurangan atau kelebihan...
saya ni kan,kalau bab mengarang..memang nak panjang-panjang tau....ok...nak berkongsi sebuah cerita antara seorang guru dengan anak muridnya..bacalah cerita ini dan fikirkan didaktik dan ikhtibar yang ada didalamnya..
" Kenapa kau selalu murung, Nak? Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana perginya wajah kesyukuranmu? ", tanya Sang Guru." Guru, kebelakangan ini hidup saya diselubungi berbagai masalah. Masalah datang seperti tiada penghujungnya ", jawab seorang anak muda." Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam. Bawa kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu ", arah Sang Guru sambil menghadiahkan seukir senyuman buatnya.Si anak muda pun berlalu pergi bagi memenuhi permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang dipinta." Nak, masukkan segenggam garam itu ke dalam gelas yang berisi air. Setelah itu, minumlah airnya sedikit ", kata Sang Guru.
" Uwekk. Masinnya ! ", wajahnya kini merengis menahan rasa masin air garam itu.Sang Guru tersenyum kecil memerhatikan gelagat anak muda itu." Sabar Nak. Sekarang tebarkan garam yang masih berbaki itu ke dalam sungai pula, dan cuba minum airnya ", arah Sang Guru sambil mencari batu untuk didudukinya.Si anak muda itu pun menangkupkan kedua tangannya, mengambil air sungai, lalu meneguknya." Bagaimana rasanya? ", soal Sang Guru." Wah.., segar. Segar sekali. Tiada rasa masin sedikitpun ", kata si anak muda itu bersungguh-sungguh.
" Nak, Itulah hakikat sebuah kehidupan. Segala masalah dalam hidup ini hanyalah seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segenggam garam ", si anak muda itu terdiam mendengarkannya." Tetapi Nak, rasa 'masin' dari penderitaan yang kau alami itu, sangat bergantung kepada besarnya hati yang menampungnya. Jadi, supaya tidak merasa menderita, berhentilah menjadi gelas. Jadikanlah hatimu sebesar sungai itu. Nescaya kau akan sentiasa tenang ", sambung Sang Guru sebelum berlalu pergi.Jadikanlah hatimu sebesar sungai itu. Nescaya kau akan sentiasa tenang !
1 comments:
salam kenal dari akak...bagus jugak dpt belajar bahasa iban sikit-sikit..
terima kasih sudi link akak..nanti akak add kamu ye...jemputlah dtg selalu ke blog akak..
kalau ada resepi masakan org sana..bolehlah letak resepi..
Post a Comment