ok...lama dah tak update blog ni..memandangkan semakin bz dengan dunia kerjaya la kan..dulu2 time masih bergelar student, rajin je update..ape nak buat..by the way, nak merajinkan diri update blog ni sebab terfikir nak bagi tip berguna untuk u all yang suka kucing..tips ni berdasarkan pengalaman sendiri..
1. TIP RAWAT KUCING DEMAM , MUNTAH DAN CIRIT-BIRIT- titiskan air kelapa muda ke dalam mulut n bagi dia telan air kelapa tu..tak pun letak kat dalam bekas air dia..suruh dia minum..bagi dia minum dengan lebih kerap sampai la demam or sakit dia sembuh.
2.TIPS RAWAT LUKA KUCING,KUCING KURAP- Sapu minyak gamat atas lukanya sekurang-kurangnya 3 kali sehari..INGAT! jangan guna minyak gamat yg panas tu yang ada macam2 campuran ada menthol..nanti luka dia bertambah teruk,n dia jilat jugak..
3. TIPS JINAKKAN KUCING YANG GARANG-Selalu belai2 dan picit belakang tengkuk dia..segarang manapun kucing tu, kalau picit kat belakang tengkuk,dia diam jugak..
4.TIPS RAWAT KUTU KUCING-yang ni tak ada tips khusus..kena beli racun kutu..or spray kutu..by the way, saya pernah try dulu..menjadi jugak..guna lampu suluh..suluh ke atas besen yang ada air n simpan serbuk pencuci dalam air tu sampai berbuih..kutu suka pada tempat yang terang..guna tips ni kena padamkan semua lampu kecuali lampu suluh tersebut.kutu2 tu akan datang ke dalam besen yng ada serbuk pencuci dan bila jatuh dalam tu,takkan dapat keluar lagi..
5.NI TIPS PALING BEST..TIDURKAN KUCING YANG NAKAL-senang je..korang belai2 kat tekak dia..slow2...mata dia akan kuyu..then terus tidur..cayela..leh cuba!dia akan tidur dengan keadaan yang penuh kecomelan..hehehehe...
6.TIPS ELAK BULU KUCING GUGUR- bulu kucing gugur disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya faktor suhu, permakanan dan juga persekitaran..bagi kucing yg selalu gugur bulu atau selalu menggaru-garu..mungkin sebab faktor pemakanan kurang sesuai..seperti banyak makan makanan berlemak dan sebagainya.
7. TIPS AJAR KUCING DUDUK SOPAN- bukan manusia je kena ajar duduk sopan ni..kucing pun kena ajar jugak..kalau tak,habislah keliling dipanjatnya..sampai ke meja makan nanti kena selongkar..untuk yg ni..kena latih dari kecil..jangan bagi dia naik kat tempat tinggi dalam rumah..mesti marah dia kalau dia dah berani panjat2 ke atas..last2 dia akan biasa..
8.TIPS AJAR KUCING BERAK DI TEMPAT YANG BETUL- Yang ni senangla kan..tapi kalau suatu hari anda tiba2 terjumpa seekor kucing yang xtahu asal usul..anda nak pelihara tapi kucing tu xpandai berak kat bekas tempat berak..dia berak merata tempat..apa yg patut dilakukan ialah, ambik sedikit najis dia tu..timbus kat dalam pasir tempat dia sepatutnya berak tu..bila lepas makan sure dia akan berak, time ni letak dia kat tempat berak tu..dia akan cium najis dia tu, n ingat tu tempat berak dia..dia akan ingat selamanya lepas sekali berak kat situ..
ok..8 tips ni..harap bermanfaat la untuk semua penjaga kucing..by the way, ingat besar pahala apabila kita memelihara binatang..khasnya binatang2 terbiar..kerana mereka juga makluk ciptaan Tuhan..jangan kasari, jangan lukai mereka..sayangi mereka seadanya..suatu hari nanti dia akan berbakti kepada anda dan menjadi teman setia anda...
0 comments:
Post a Comment