Bagaikan mimpi saja kurasakan , 4 bulan berlalu begitu pantas...Kini sudah tiba masanya melangkah keluar dari SMK Tunku Abdul Rahman Putra...Sekolah tempatku berkhidmat sebagai guru praktikum..Hanya Tuhan yang tahu betapa sedihnya meninggalkan sekolah ini..Terbayang- bayang di mata ini segala kenangan yang sekian lama memberikan pengalaman dan seribu makna kepada diri ini..rakan-rakan guru yang sangat baik, tidak lokek ilmu, dan sentiasa membantu di kala aku mempunyai kesukaran..wajah-wajah anak muridku yang tidak mungkin terpadam dari ingatan.selagi diri ini mempunyai daya ingatan..Wajah-wajah yang selalu membuat aku ketawa,marah, suka, duka ini sentiasa terbayang di mata.. Emmmm.....lipatan memori ini ku hanya mampu simpan di dalam kepingan gambar lappy...buat tatapan sampai bila-bila...
Pn Pengetua Dr Hajah Rosnah Bt Selamat....Terima kasih kerana sudi menerima kami sebagai warga STARP selama ini..
Pelajar-pelajar 4 UTM...cikgu rindukan kenakalan kamu semua ...cikgu sayang korang..semoga dapat belajar rajin2 ye..
1 comments:
http://tetekkucomel.blogspot.com/
umi farahin
Post a Comment