KLIK YE..TAKKAN NAK TENGOK AJE...

FOLLOW ME DER....

Tuesday, August 23, 2011

Bingkisan puisi: Sabak Bernam..

Sabak Bernam...

sebuah pekan kecil
Menggambarkan pelbagai ragam manusia
Yang dihuni pelbagai bangsa
Jawa, Melayu , Cina dan India

Sabak Bernam
Jauh terpisah dari kesibukan
Ikan laut yang segar
Menjadi punca pendapatan nelayan
Siput kerang dan mentarang
Menjadi rentetan hasil dagang
Pantai B.N.O yang aman dan sunyi
Tempat anak laut menjaring rezeki

Sabak Bernam
Dari jauh aku memandang
Tiada apa yang teristimewa
Pertama kali aku memandang
Langsung tiada rasa cinta
Tiada KFC, tiada Pizza, tiada Mc Donald
Tiada Supermarket untuk membeli belah

Namun..
Sekian lama aku menetap di sini
Jauh di sudut hati
Aku terasa aman di sini
Di samping rakan sekerja yang baik budi
Pelajarku yang sangat aku cintai
Kini....harus kuakui sekali lagi
Aku sudah jatuh hati di sini..

Maka...
Kuleretkan sebuah puisi
Betapa aku kagumi daerah kerdil ini
Yang banyak memberikan segunung pengalaman
Buat Insan perantau
seperti aku ini..



0 comments: