KLIK YE..TAKKAN NAK TENGOK AJE...

FOLLOW ME DER....

Friday, July 22, 2011

Ketahui 9 sifat buruk dalam diri kita yang menyebabkan hati tak pernah BAHAGIA!



PEMARAH
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang. Sikit-sikit nak marah...benda kecik pun nak marah..Akibatnya sendiri yg selalu sakit hati kerana menanggung kemarahan.

PENDENDAM
2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. Kalau tak caye...kaji sendiri melalui orang sekeliling, tapi jangan test diri sendiri..

HASAD DENGKI
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. Dengki dan iri hati dengan kelebihan orang lain tetapi tidak mahu mensyukuri kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri sendiri..

BAKHIL
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Tuhan elok dikongsi bersama..-derma) Tuhan lebih sayang orang yang fasik tetapi pemurah tetapi benci orang yang alim tetapi bakhil. Kerana walaupun fasik, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Tuhan beri melalui amalan manusia.

TAMAK
5. orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

TIDAK SABAR
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..contohnya, time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)

EGO
7. Ego - ibu segala keburukan sifat kita ialah ego, jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. sifat ego misalnya nak semua yang terbaik tu dari dia dan bila ada kekurangan dalam dirinya, dia mula menuding jari pada orang lain..Orang macam ni biasanya lebih suka dirinya sentiasa menang..dan akan susah hati/ fed up bila terpaksa menanggung kekalahan.

RIAK/SOMBONG

8. Akibat daripada perbuatan riak,kita terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah kebaikannya,tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Tuhan marah kalau kita riak..takbur dgn ape yg kita ada.. ye!.

CINTA DUNIA
9. Cinta dunia - Kalau tidak dapat sesuatu yang diinginkan, orang seperti ini akan menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. Bila mati cuma bawa amalan dan doa je.. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya.. tetapi ialah KEBURUKAN DAN KEBUSUKAN HATI. Makin tinggi KEBUSUKAN HATI seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

0 comments: