KLIK YE..TAKKAN NAK TENGOK AJE...

FOLLOW ME DER....

Friday, November 19, 2010

Lapangan Terbang Ingin Mendarat


Tersebutlah kisah satu pasangan yg baru berkahwin. Sehari sebelum upacara akad nikah….

Emak pengantin lelaki menasihati anaknya,“Nak apabila menghampiri isteri mu pada malam pertama, maka kamu harus kata, “Kapal terbang ingin mendarat”".

Emak pengantin perempuan pula menasihati anaknya, “Nak, bila suami mu berkata kapal terbang ingin mendarat, maka jawabnya, “Lapangan terbang sudah sedia”".

Hari yg ditunggu-tunggu pun tiba.Si suami tak sabar-sabar dan pabila malam tiba hatinya berdebar-debar. Dia mendekati si isteri lalu mengatakan “Kapal terbang ingin mendarat”

Si isteri seperti tidak faham dan berkata “Saya penat bang …mari kita tidur.”

Si suami hampa, namun dalam hatinya berkata “Tak apa mungkin isteri aku malu, beri dia peluang kedua”

Tiba malam kedua.

Si suami mendekati si isteri dan bertanya lagi “Kapal terbang ingin mendarat.”

Malangnya si isteri masih tidak faham. Kerana suaminya ketika itu memegang surat khabar dalam hatinya berkata, “Berita apa pula ini.. Ah pedulilah kapal terbang mana nak mendarat pun, tak ada kena mengena dengan saya.”

Kemudian dia berkata kepada si suami “Sudah lah tu bang, janganlah baca surat khabar lagi, mari kita tidur”

Si suami hampa lagi, tetapi dalam hatinya berkata “Tak apalah esok masih ada.”

Tiba malam ketiga.

Si suami sekali lagi dengan penuh harapan dan begitu pasti malam ini pasti aku dapat. Lalu mendekati si isteri dan bertanya lagi “Kapal terbang ingin mendarat.”

Si isteri menjenguk ke arah luar jendela dan menggelengkan kepala sambil dalam hatinya berkata “Mana ada kapal terbang !!”

Melihatkan si isteri menggelengkan kepala, Si suami hampa dan berkata dalam hati “Kejamnya isteriku, membiarkan aku menunggu selama 3 hari tapi masih enggan memberikannya kepada ku.”

Si suami dengan muka yg masam terus tidur tanpa mengajak si isteri.

Keesokan harinya si isteri bertanya kepada ibunya, “Ibu kenapa suami saya setiap malam berkata, “kapal terbang ingin mendarat??”

Si ibu pun berkata “Apa yg kamu jawab nak ?

Si anak berkata, “Saya tidak jawab apa-apa”

Si ibu berkata lagi, “Apa anak sudah lupa apa yg ibu nasihatkan tentang malam pertama, sepatunya anak menjawab, “Lapangan Terbang sudah sedia”, sebagai tanda bersetuju”

“Oh saya lupa lah ibu….tak apa malam ini saya pasti akan menjawab dengan betul”

Maka tiba malam keempat.

si suami seperti tidak menunjukkan apa-apa tanda dia akan bertanya soalan yg sama. Malam kian larut, Si isteri tertanya-tanya bilakah gerangan si suami akan bertanya. Si isteri akhirnya berkata dalam hati “Mengapa harus aku tunggu lagi, apa salahnya aku sendiri meng`offer’ kan diri Lalu si isteri pun mendekati si suami dan terus berkata “Lapangan terbang sudah sedia”.

Si suami kerana terlalu geram dengan si isteri, dengan muka yg masam menjawab “KAPAL TERBANG ROSAK”"

1 comments:

Amyna said...

Kapal terbang rosak... hahahha!!