Internal Security Act (ISA) atau Akta Keselamatan Dalam Negeri dirangka pada awalnya oleh R.H. Hickling dan dijadikan undang-undang pada tahun 1960. ISA telah dipinda sebanyak lebih 20 kali untuk disesuaikan dengan situasi semasa.Kuasa mutlak bekenaan ISA telah diberikan kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang membolehkan beliau menggunakan kuasa ISA untuk menangkap sesiapa pun, tanpa perlu merujuk kepada mahkamah. ISA merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang berkuatkuasa di Malaysia.Ketika zaman darurat iaitu pada tahun 1948-1960, ISA telah dinamakan Ordinan (Peraturan) Darurat 1948 yang banyak menguatkuasakan langkah pencegahan terhadap gerombolan dan anasir jahat termasuk komunis, sama ada yang melakukan jenayah yang mengancam atau menggugat keselamatan negara.Melalui ISA, pesalah boleh ditahan oleh pihak polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan atas sebab disyaki mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh 2 tahun jika diluluskan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan sekaligus membolehkan penahanan terus dibuat tanpa perbicaraan. Kemudian, pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada akta ini. Pada masa kini, mahkamah hanya boleh melihat semula akta ISA ini kepada beberapa perkara teknikal sahaja.Di Malaysia, ISA telah digunakan secara konsisten terhadap mereka yang menggugat keamanan negara seperti kes Al-Maunah dan kepada golongan yang memainkan isu perpaduan secara bahaya seperti isu HINDRAF. ISA amat ditakuti dan dibenci namun ia adalah satu akta yang perlu dikekalkan oleh kerajaan Malaysia bagi mengawal kehidupan umum masyarakat yang berbilang kaum di negara ini.
Tahanan ISA biasanya akan ditempatkan di Pusat Tahanan Kamunting, Taiping, Perak. Dalam masa 60 hari, mereka yang ditahan kebiasaannya tidak akan dibenarkan berkomunikasi dengan dunia luar, tambahan pula peguam dan ahli keluarga tidak dibenarkan melawat orang yang ditahan semasa tempoh awal ini.Selepas 60 hari, jika perintah tahanan ditandatangani oleh Menteri terbabit dan diteruskan sehingga 2 tahun, barulah ahli keluarga boleh datang melawat orang yang ditahan. Jika tidak, orang yang ditahan akan dibebaskan.Dalam tahanan ISA, proses soal siasat menjadi rutin kehidupan mereka yang ditahan. Ini adalah prosedur biasa yang dijalankan oleh pihak berkuasa bagi mencari punca sebenar dan merungkai segala cerita bagi menyelesaikan sesuatu kes yang ditahan di bawah akta ISA. Tahanan akan diletakkan secara individu di dalam sel penjara yang kecil yang dipercayai menjadi sel tahanan rahsia.ISA dikritik hebat oleh beberapa parti politik pembangkang terutama Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Antara pemimpin dan ahli politik terkenal dari kalangan pembangkang yang pernah ditahan ISA ialah Lim Kit Siang, Karpal Singh, Lim Guan Eng, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan terbaru Teresa Kok.ISA juga turut dikritik oleh beberapa ahli politik dalam komponen Barisan Nasional (BN), termasuk parti komponen terbesarnya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang telah memerintah sejak merdeka. Datuk Zaid Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah antara pemimpin UMNO yang mengkritik akta ISA.Antara negara lain yang mengguna pakai ISA adalah negara Singapura dan juga India. Namun akta ini terpulang kepada acuan dan versi masing-masing.Gerakan Mansuh ISA (GMI) adalah antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantah ISA. Presiden GMI ialah Syed Ibrahim Syed Noh. GMI dengan tegas menggesa kerajaan agar menghormati hak untuk dibicarakan dan menyeru pemansuhan ISA serta semua bentuk penahanan tanpa bicara.
Tempoh 2 tahun penahanan samada dipanjangkan atau dikurangkan adalah mengikut budi bicara Menteri Keselamatan Dalam Negeri setelah beliau meneliti fakta dan faktor berkaitan nisbah keselamatan yang berkaitan. Banyak fakta sesuatu penahanan itu tidak boleh diketahui umum lantaran ianya diklasifikasikan sebagai butiran keselamatan negara. Hanya pihak berkuasa tertentu yang berhak menelitinya.Jadi, dalam konteks inilah mahkamah dihalang daripada menimbangkan sesuatu kes mengenai penahanan seseorang kerana faktor keselamatan yang berkait rapat dengannya dan ia merupakan rahsia negara di mana jika diketahui umum akan mendatangkan kemudaratan kepada keamanan negara.ISA bukan suatu akta yang bertentangan dengan Perlembagaan Negara. ISA hanya bertentangan dengan bab tertentu seperti hak asasi manusia seperti perenggan "seseorang yang ditangkap atau ditahan hendaklah dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh 24 jam". Peruntukan ini terdapat dalam Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan dalam bentuk yang bersyarat. Maka akta ISA ini sah diterima pakai mengikut Perlembagaan Negara terutama di bawah Perkara 149 dan 151.Penggunaan ISA bukan dibuat sewenang-wenangnya tetapi ia dilakukan demi memastikan keselamatan dan ketenteraman rakyat dapat dipelihara. Kerajaan perlu bertindak tegas dalam menguatkuasakan undang-undang negara agar tidak terus dicabar oleh golongan atau puak pelampau.
Lihat pendapat beberapa orang mengenai ISA.
Saya tidak kenal/minat/kagum/idolasi/pro mana-mana tahanan ISA terbaru. Teresa Kok, baru sahaja saya merangka-rangka (draft) satu post protes terhadap tindakannya mempertikaikan tulisan jawi, belum sempat saya habiskan post saya, dia ditahan. Maksudnya, saya bukan peminat dia. Tak kenal dan tak menyokong dia pun.
Raja Petra, saya tak suka dia sejak blog dia hina Tuan Guru Haji Hadi. Postnya di akhir-akhir ini meracau-racau. Baru-baru ini dia mentafsir hadis dan Al-Quran mengenai aurat wanita menggunakan kepala lutut dia. Memang dia mangkuk hayun. Memang tak dapat nak nafi.
Yang last sekali, maaf saya tak tahu dia ni siapa. Yang saya tahu dia melaporkan apa yang benar. Terang-terang Ketua UMNO tu hina Cina, hina Gerakan, siap main koyak-koyak gambar. Macam budak-budak pun ada. Tapi, tup tup yang kena tahan wartawan yang lapor. Yang tukang cakap, tukang koyak kena tahan keahlian tiga tahun. Lupakanlah, kata Pak Lah. Wartawan yang makan gaji juga dipersalahkan kerana mengancam keselamatan negara.
Saya menentang penahanan mereka atas dasar prinsip keadilan Islam. Mereka mungkin bersalah, namun penahanan melalui ISA merupakan pencabulan hak asasi manusia dan keadilan Islam.
ABDUL HADI BIN ALIASNegara maju dengan Islam

Assalamualaikum….
Saya, Abdul Hadi bin Alias, dengan ini menyeru kawan-kawan saya semua secara khusus dan pelajar UTP secara am untuk menzahirkan rasa benci dan anti ISA.
Apa itu ISA? Anda boleh baca pandangan dan penerangan saya di sini.(klik). atau boleh baca blog ahli keluarga yang dikenakan tahanan ISA. disini(klik)
ISA merupakan undang-undang lapuk penjajah yang telah disalahgunakan kerajaan untuk menjaga kepentingan politik sesetengah pihak.
Tahanan ISA dianggap tiada hak, diseksa dan dihina dengan pelbagai cara termasuk dipaksa minum air kencing dan makan najis sendiri demi mendapatkan pengakuan. Makanan dihidangkan termasuklah makanan basi dan busuk.
Salah seorang tahanan ISA, Mohamad Faiq bin Hafidh, yang ditahan sejak Januari 2002 menceritakan;
Tangan saya diikat…dan kepala saya ditekan hingga paras dada. Kepala saya dipukul dengan cota dan mata saya juga dipukul, menyebabkan ianya cedera. Apabila saya sampai di bilik ke tujuh [blok sel tersebut], saya secara berterusan dipukul dan dipaksa telanjang, diarahkan merangkak sambil memasuki bilik dan punggung saya ditendang dan begitulah caranya saya tersungkur ke dalam, dalam keadaan telanjang.
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Zaid Ibrahim secara terbuka menyatakan penentangan terhadap penggunaan ISA terhadap tiga individu baru-baru ini. Namun, adakah anda tahu bahawa ISA sudah lama digunakan oleh kerajaan untuk golongan-golongan tertentu sejak dahulu lagi?
Mereka yang ditahan di bawah ISA dianggap sebagai satu kumpulan yang tidak mempunyai sebarang hak, oleh itu tidak hairanlah kenapa pengawal penjara memberikan layanan buruk seumpama mereka bukan manusia.
Brad Adams, pengarah eksekutif Human Rights Watch Bahagian Asia.
Apa yang anda boleh lakukan? Anda seorang pelajar sahaja?Anda tidak perlu berdemonstrasi, berpiket atau bermogok lapar. Anda hanya perlu mengkaji secara ilmiah mengenai undang-undang ini dan menzahirkan penentangan terhadap ISA dengan meletakkan logo-logo anti ISA (right click logo di atas untuk save di komputer anda) di blog, laman web, atau IM anda.
Mudah, ringkas tapi InsyaAllah menambahkan kesedaran komiti UTP terhadap ISA. Mungkin ini sedikit sumbangan kita terhadap proses keadilan di Malaysia.
Mahasiswa yang bisu, penakut dan tidak peka merupakan sampah kepada Malaysia, beban kepada rakyat dan tidak lain hanya tin kosong.
Sabut cabaran saya ini.
InsyaAllah, kempen ringkas ini akan memakan masa selama seminggu.( 10 October- 17 October)

3 comments:
salam ziarah petang....semua org kena berhati 2
ye..betul tu...tapi saya tak sokong ISA ni sebab menghalang demokrasi
singgah sni baca entry~ ngeh3~ ;D
Post a Comment