KLIK YE..TAKKAN NAK TENGOK AJE...

FOLLOW ME DER....

Friday, October 1, 2010

Baju Daging Lady Gaga..Fakta Menarik Yang Patut Anda Tahu Tentangnya!


Untuk entry kali ni nak cungkil sedikit tentang fakta baju daging segar yang dipakai oleh Lady Gaga semasa MTV Awards 2010 lepas.Rasanya korang pun dah tau yang si Lady Gaga ni sememangnya sinonim dengan fesyen yang pelik-pelik dan itu tidak boleh dinafikan lagi. Dengan tuah baju daging tu kot menyebabkan dia dapat membolot hampir kesemua anugerah MTV 2010 itu...hahaha...Gila kan?
Ok la, bukan nak komen pasal baju tu cuma sajer je nak kongsikan 7 fakta tentang baju daging Lady Gaga yang direka oleh pereka fesyen bernama Franc Fernandez itu. Kalau korang rasa nak tahu, teruskanlah membaca yer......
1. Baju daging Lady GaGa menggunakan 100% daging asli
Bukan hanya setakat baju semata-mata, namun baik kasut, tas tangan serta crown atau tiara yang dikenakan oleh Lady GaGa dalam acara itu diperbuat daripada daging asli .

2. Baju daging Lady GaGa tidak berbau hamis atau busuk
Mungkin ramai yang menganggap baju daging yang dikenakan oleh Lady GaGa ini mempunyai bau daging yang sangat kuat serta tidak menyenangkan hidung.Namun, percaya atau tidak, baju daging ini langsung tidak berbau hamis atau pun busuk. Malah, Lady GaGa sendiri memberitahu bahawa bau daripada baju dagingnya itu sangat manis. Orang yang duduk disekeliling Lady GaGa juga memberitahu bahawa baju daging Lady GaGa tidak berbau busuk.
3. Baju daging Lady GaGa ini sangat berat!
Daging memang jauh lebih berat jika dibandingkan dengan kain, apatah lagi bila ia menggunakan 100 peratus daging mentah yang asli. Maka, tidak hairanlah kalau baju daging Lady GaGa ini mencapai berat 22.67 kilogram.

4. Daging mentah di baju Lady GaGa harganya murah
Daging yang digunakan untuk membuat bahan baju Lady Gaga ini ternyata murah saja harganya. Ianya juga bukanlah dari jenis daging Gred A. Inilah yang telah dinyatakan oleh tukang jual daging, Peter Cacioppo.

5. Baju daging ini selesa dipakai!
Pada awalnya, pereka fesyen baju daging ini Franc Fernandez bimbang kalau-kalau baju daging ini akan membuatkan Lady GaGa berasa tidak selesa untuk memakainya. Tapi, Lady GaGa beritahu, itu baju paling nyaman yang dikenakannya pada malam itu.

6. Baju daging Lady GaGa tidak menggunakan bahan pengawet!
Bunyinya macam tidak munasabah. Tapi, hakikatnya, baju daging Lady GaGa ini langsung tidak menggunakan sebarang bahan pengawet untuk menjadikan ia tahan serta tidak berbau.

7. Baju daging Lady GaGa tidak mempuyai darah
Ini satu lagi persoalan yang mungkin boleh mengundang rasa pelik atau hairan pada semua orang. Tapi, kalau diperhatikan betul-betul, memang tidak ada kesan darah yang menitis keluar dari baju daging Lady GaGa. Bak kata Franc, daging yang digunakan untuk membuat baju Lady GaGa ini bukan saja sangat liat dan kuat tetapi juga bersih.
*Ulasan pengarang: Lady Gaga.....kalau dah banyak sangat daging tu sampai nak buat baju,ape kate derma je kat mangsa banjir Pakistan yang tak cukup bekalan makanan tu...ahakz!

0 comments: