KLIK YE..TAKKAN NAK TENGOK AJE...

FOLLOW ME DER....

Saturday, May 2, 2009

Resepi aku..emm..Yummy..yummy...

RESEPIKU.......

Pertama......

IKAN BAWAL HITAM SWEET& SOUR....EMMMMMMMMM.........

Bahan-bahannya Cara Menyediakan:
• 1 ekor ikan bawal hitam
• 1 labu bawang besaq - dipotong bulat
• 3 ulas bawang putih
• 1 cm halia
• sos tomato - 2sudu besar
• sos cili - 2sudu besar
• 1 potong nenas
• garam secukup rasa



1. Ikan tu sianglah dulu kemudian dibasuh seterusnya gaul garam & kunyit kemudian goreng hingga masak. Minyak goreng ikan tadi tuang ke dalam bekas lain, tinggal sedikit dlm kuali tadi
2. Tumis bawang besar & putih serta halia. Masukkan sos tomato & cili jika pekat masuk sedikit air.
3. Setelah mendidih masukkan nenas serta garam secukup.kemudian masukkan ikan goreng tadi.
4. Setelah masak, angkat dan hidangkan, hias dengan hirisan cili merah, daun bawang

KEDUA.......
Mi Kung Fu
Bahan-bahan:
7 ekor udang besar
2 sanggul yee mee
100 gm fish cake
4 inci halia muda
3 ulas bawang putih
1 liter air rebusan ayam
5 keping cendawan cina
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar sos tiram
1 biji telur

CARA...
Didihkan air rebusan ayam dan masukkan halia, bawang putih serta sedikit serbuk lada sulah.

Kemudian campurkan udang, ayam, fish cake, telur yang telah dipukul, gula dan garam secukup rasa. Masukkan campuran tepung jagung untuk memekatkan kuah.

Panaskan kuali atau hot plate, masukkan yee mee dan curahkan kuah tadi.

Lepas tu..biar la...dalam masa 5 minit...(gaulkan rata)...pastu...boleh la dihidangkan...hehe

KETIGA........

Kolok Mee Sedap...Sarawak...
Bahan-bahan ( 1 org )
• 1 gulung mee kering (mee sanggul/yee mee)
• 3 ulas bawang putih (mayang)
• 2 sudu besar minyak
• 2 sudu besar sos tiram
• 2 sudu besar kicap pekat
• 2 sudu besar kicap cair
• 4 helai daun sawi (potong 1 inci)
• 1/2 cawan daging / ayam rebus (rebus dgn 1 ketul kiub ayam maggi)
• 3 cawan air rebusan daging/ ayam
• 1/2 labu bawang besar (potong berbaji halus)
• Garam , gula, lada sulah dan ajinomoto secukup rasa
• HIASAN - Daun bawang dan bawang goreng secukupnya

CARA.........
1.Panaskan minyak.Tumis bawang putih hingga naik bau.Masukkan bawang besar.Kacau seketika hingga layu.Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair dan air rebusan daging/ayam.

2.Masukkan mee.Biarkan sedikit lembut.Masukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.Kacau seketika.Masukkan sawi, daging/ayam rebus (yang telah dipotong nipis).Masak hingga mee lembut sedikit dan sawi layu.

3.Angkat dan hidang segera.Hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng. Tambahkan lada sulah jika suka.

KEEMPAT........

AYAM PANSUH RANTAU LIMAU.....
Bahan-bahan ( Satu keluarga )
•1 ekor ayam -dipotong ,2 btg serai - dihiris, *6 ulas bwg putih ,*4 ulas bwg merah ,*3 buku halia saiz besar ,1 kuntum bunga kantan -dihiris ,1 ikat daun ubi - digosok2 sekejap dgn tapak tangan, garam dan aji secukup rasa( mesti masin ckit baru sdp, ikut citarasa keluarga la)

Cara-Cara.....
1.Tuskan ayam yang telah dipotong tadi.

2.Tumbukkan bahan-bahan yang dijadikan rempah(bawang,halia etc.)
3.Gaulkan bahan2 yg ditumbuk tadi ke dalam ayam. Masukkkan serai, bunga kantan, garam dan aji.Gaulkan rata dan rasakan.Biarkan sekejap.(20 mnt)
4.Masukkan ayam ke dalam buluh.Selang-selikan dgn daun ubi yang telah digosok-gosok tadi. Semasa mengisi ayam tadi, hentakkan buluh tu sikit2 supaya ketulan ayam turun ke bwh.Jangan isi penuh sangat.
5.Tuangkan sedikit air ke dlm buluh tadi dan tutuplah mulut buluh tu dgn daun ubi atau daup pisang yang telah disimpul.
6.Bakarlah selama lebih kurang satu jam.Guna kayu api atau arang paling best.Tapi boleh juga guna dapur gas , cuma kena hati-hati dan sandarkan betul-betul pd dinding.Takut jatuh pulak! Ada kes sebenarnya...he..he..
7.Nota:Bagi yang suka pedas bolehlah gaulkan cili pada ayam...Air perapan ayam tu jangan dibuang,.tuangkan sekali dalam buluh ya..... SELAMAT MENCUBA

KELIMA......

CENDAWAN GORENG
Resepi ohang Melayu di Perak ditu...selalu pergi pasar mlm tanjung malim...nak makan cendawan nih...sodap..........
Bahan-bahan ( 2 0rang makan kot! )
• 250gm fresh closed cup mushroom(cendawan butang)
• Tepung goreng ayam serbaguna secukupnya, terpulang kpd selera masing2 sama ada nk guna original atau hot & spicy ( tepung kentucky ler tuh!)
•1 biji telur
Cara-cara
1.bersihkan cendawan dan potong setiap cendawan kepada 4 bahagian.
2.pukul telur hingga sebati, masukkan ke dalam bekas yang berisi cendawan tadi, gaul rata. sementara itu bolehlah panaskan minyak.
3.masukkan tepung goreng ayam serbaguna, gaul hingga semua cendawan diselaputi tepung.
4.goreng hingga kekuning-kuningan (deep fry)
5.bolehlah dihidangkan...sesuai dimakan begitu saja atau bersama-sama dengan nasi...ummmph yummy-yummy.

0 comments: