KLIK YE..TAKKAN NAK TENGOK AJE...

FOLLOW ME DER....

Monday, July 27, 2009

.Datuk Abdul Hadi Awang...Pakai Cawat Vs Gila Kuasa..


Sentimen yang menyatakan orang Iban masih memakai cawat di Sarawak(Batang ai, Lubuk Antu)oleh Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang benar-benar memalukan orang Iban khususnya bagi generasi-generasi baru masyarakat Iban yang menjadi tunjang dan harapan bangsa dan negara. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan politik dan juga kekalahan parti pembangkang di Batang Ai.Andai kata pun, masih memakai cawat,tetapi lebih baik daripada menghina orang lain gara-gara nak gila kuasa.

Zaman sekarang tiada masyarakat Iban yang masih memakai cawat sahaja..Tiada masyarakat Iban yang masih di bawah tempurung..di bawah gelas mungkin adalah...sebab di rumah panjang dorang semua sudah terdedah dengan kemajuan. Malahan, cara hidup masyarakat Iban di Sarawak yang dulunya kais pagi makan pagi..kini sudah berubah..bidang pertanian, bukanlah bidang yang menyekat pintu rezeki masyarakat Iban..Bahkan ramai yang sudah melibatkan diri dalam sektor pertanian secara besar-besaran..Lada, getah dan Kelapa sawit, bukanlah ditanam secara sara diri melainkan ditanam secara ladang..Anak-anak bangsa masyarakat Iban kini sudah mula menyesakkan IPTA dan IPTS di negara kita..bak kata orang, Besakit-sakit dahulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. di sektor-sektor Swasta dan kerajaan mula dipenuhi oleh masyarakat Iban. Di IPTA saya sendiri, saya memerhati dari kaca mata saya bahawa dalam apa-apa kerja dan juga apa yang orang buat pun kami boleh buat...Jangan sampai penyataan ini boleh mencetuskan sentimen perkauman...Cukuplah peristiwa 13 Mei menjadi pengajaran..

Membaca Utusan Malaysia pada hari ini, sekali lagi saya terkejut apabila Presiden PAS itu tidak memohon maaf atas pernyataan yang telah dibuatnya,malah menyalahkan pemimpin BN di Sarawak yang 'meracuni' masyarakat Iban dan memperbodohkan masyarakat Iban. Di manakah nilai seorang pemimpin...saya terfikir juga teringin sekali untuk mengajak beliau kembali meninjau Sarawak, mungkin penyataan yang dia berikan ini adalah apa yang beliau lihat sekitar tahun 60-an dahulu..atau beliau sendiri tidak pernah pergi ke sarawak, tetapi berani mengeluarkan penyataan yang memalukan itu...

0 comments: