KLIK YE..TAKKAN NAK TENGOK AJE...

FOLLOW ME DER....

Showing posts with label Relationship. Show all posts
Showing posts with label Relationship. Show all posts

Thursday, July 21, 2011

Yang Harus diikuti....

1. Jika Orang Buat Kita Susah,Anggaplah Itu Adalah Limpahan Rezeki.
2. Mulai Hari Ini, Belajarlah Setiap Hari Menyenangkan Hati Orang Lain.
3. Jika Kamu Merasa Pahit Dalam Hidupmu Dengan Suatu Tujuan, Itulah Bahagia.
4. Lari dan Berlarilah Yang Cepat Untuk Mengejar Hari Esok.
5. Setiap Hari Kamu Sudah Harus Merasa Puas Dengan Apa Yang Kamu Miliki Saat Ini.

6. Setiap Kali Kalau Ada Orang Yang Memberi Kamu Satu, Kamu Harus Mengembalikannya 10x Lipatganda.
7. Nilailah Kebaikan Orang Lain Terhadap Kamu, Tetapi Hapuskanlah Semua Jasa Yang Pernah Kamu Berikan Kepada Orang Lain.
8. Dalam Keadaan Benar Kamu Difitnah, Dipersalahkan dan Dihukum, Maka Kamu Akan Mendapat Pahala.
9. Dalam Keadaan Salah Kamu Dipuji dan Dibenarkan, Itu Merupakan Hukuman.
10. Orang Yang Benar Kita Bela, Orang Yang Salah Kita Beri Nasihat.
11. Jika Perbuatan Kamu Benar, Kamu Difitnah dan Dipersalahkan, Tetapi Kamu Menerimanya, Maka Akan Datang Rezeki Kepadamu Yang Berlimpah Ruah.
12. Jangan Selalu Melihat/Mengecam Kesalahan Orang Lain, Tetapi Selalu Melihat Diri Sendiri, Itulah Kebenaran.
13. Orang Yang Baik Diajak Bergaul, Tetapi Orang Yang Jahat Dikasihani.
14. Dua Orang Saling Mengakui Kesalahan Masing-Masing, Maka Dua Orang Tersebut Akan Bersahabat Sepanjang Masa.
15. Saling Salah Menyalahkan, Maka Akan Mengakibatkan Putus Hubungan.
16. Kalau Kamu Ikhlas Menolong Orang Yang Dalam Keadaan Susah, Maka Jangan Sampai Diketahui Bahawa Kamu Sebagai Penolongnya.
17. Jangan Membicarakan Sedikitpun Keburukan Orang Dibelakangnya, Sebab Kamu Akan Dinilai Buruk Oleh Si Pendengar.
18. Kalau Kamu Mengetahui Orang Itu Berbuat Salah, Maka Teruslah Tegur Dengan Kata-Kata Yang Lemah-Lembut Sehingga Orang Itu Menjadi Lebih Insaf

Saturday, July 24, 2010

Sedar atau Tidak?15 perkara yang membuat anda harus bersyukur?




.Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung...


1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.


2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia inimenyayangi anda dalam beberapa cara.


3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.


4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.


5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.


6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.


7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.


8. Anda seorang yang istimewa dan unik.


9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.


10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.


11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.


12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya,tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.


13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.


14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.


15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masau ntuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjanghidup untuk melupakannya. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.