Kecederaan Kepala
Trauma dikepala boleh mengakibatkan kecederaan otak akibat dari:
• Hentakan yang kuat secara langsung
• Hentakan yang kuat secara tidak langsung
Kebanyakan kecederaan kepala adalah kecederaan ringan. Tetapi kecederaan kepala yang
teruk mengakibatkan
• Kecederaan otak yang teruk apabila berlaku pendarahan dalam otak
• Bengkak pada tisu otak
• Kerosakan otak yang teruk.
Kecederaan kepala yang teruk boleh mengakibatkan kerosakan saraf yang kekal dan
kematian.
teruk mengakibatkan
• Kecederaan otak yang teruk apabila berlaku pendarahan dalam otak
• Bengkak pada tisu otak
• Kerosakan otak yang teruk.
Kecederaan kepala yang teruk boleh mengakibatkan kerosakan saraf yang kekal dan
kematian.
Kecederaan kepala juga boleh jadi berkaitan dengan kecederaan bahagian tubuh yang lain,
terutamanya leher.
Siapa yang berisiko tinggi mendapat kecederaan kepala?
Penunggang dan pembonceng motosikal adalah golongan yang paling berisiko terhadap
kecederaan kepala.
Kumpulan lain yang berisiko tinggi ialah
• Pengguna jalanraya
• Pekerja-pekerja binaan
• Ahli sukan tempur dan aktiviti lasak.
Bagaimana mengesan keadaan kecederaan kepala?
Pesakit yang ada kecederaan kepala mungkn menunjukkan tanda/gejala berikut:
• Terlibat dalam kemalangan atau kecederaan pada masa lalu
• Bengkak atau luka pada kulit kepala
• Sakit dan pening kepala
• Kabur pandangan
• Muntah
• Hilang ingatan
• Sawan
• Tahap kesedaran berkurangan/pengsan
Bagaimana mengesan kecederaan kepala yang serius?
Jika pesakit mengalami salah satu daripada tanda-tanda seperti berikut, kecederaan kepala
yang serius mungkin berlaku:
• Tahap kesedaran yang berkurangan
• Mengantuk yang teramat sangat
• Muntah yang berpanjangan
• Sakit kepala yang teruk
• Tidak mampu menggerakkan tangan atau kaki dan berkurangan deria sentuhan
• Tidak dapat bercakap dengan betul
• Penglihatan semakin kabur
Bagaimana saya boleh membantu orang yang mengalami kecederaan?
Sesiapa yang disyaki ada mengalami kecederaan kepala mestilah dibawa segera ke
kemudahan kesihatan (hospital/klinik).
Di tempat kejadian, alihkan mangsa ke kawasan yang lebih selamat. Angkat mangsa dengan
cermat bagi mengelakkan kecederaan lebih teruk. Jika pesakit itu tidak sedarkan diri, anggap
mangsa mengalami kecederaan di leher. Gunakan alat penyokong leher atau ikat mangsa ke
papan yang keras.Ketika diangkat, gunakan 'splint' untuk mengelakkan pergerakan bahagian
tubuh yang cedera.
Rawatan kecemasan mungkin diperlukan. Lakukan pertolongan cemas sementara menanti
petugas yang terlatih tiba.
Apakah masalah lain yang berlaku akibat kecederaan kepala?
Kesan kecederaan kepala bergantung kepada keterukan kecederaan yang dialami.
Bagi konkusi otak (tidak sedarkan diri dalam tempoh singkat selepas berlakunya kecederaan
kepala), kebanyakan pesakit pulih sepenuhnya selepas beberapa jam atau hari.
Bagi kecederaan kepala yang teruk seperti yang melibatkan pendarahan bahagian dalam otak,
pesakit mungkin pulih dengan mengalami ketidakupayaan kekal, malah boleh menyebabkan
kematian.
Bagaimana saya boleh mencegah kecederaan kepala?
1. Elakkan kemalangan
2. Untuk mengelakkan kecederaan akibat kemalangan jalanraya:
o Sentiasa gunakan peralatan keselamatan apabila menggunakan kenderaan:
Motosikal - pakai topi keledar dengan betul.
Kereta - pakai tali pinggang keledar.
o Sentiasa patuhi peraturan jalan raya demi keselamatan semua.
3. Bagi pekerja-pekerja binaan:
o Pakai topi keselamatan setiap masa
o Sentiasa patuhi peraturan-peraturan keselamatan di tempat kerja.
Trauma adalah satu penyebab yang utama dalam kecederaan otak. Ini biasanya melibatkan
pukulan yang kuat ke atas bahagian kepala. Sebab-sebab kecederaan otak yang biasa adalah
kemalangan jalan raya, jatuh dan serangan. Mereka yang mempunyai risiko paling tinggi
adalah dalam kumpulan umur 15 hingga 24 tahun dan ianya lebih melibatkan lelaki.
Kecederaan otak meliputi kecederaan ringan, yang mungkin membuat seseorang itu menjadi
pening sementara waktu, sehingga kecederaan yang teruk, mengakibatkan kecacatan yang
berpanjangan.
Sesetengah pesakit mungkin mengalami kesan yang berpanjangan seperti dimensia,
kecelaruan perwatakan atau masalah mengawal keinginan.
0 comments:
Post a Comment