KLIK YE..TAKKAN NAK TENGOK AJE...

FOLLOW ME DER....

Monday, November 21, 2011

Liverpool FC ucap Tahniah kepada Harimau Muda atas Kemenangan Mengalahkan Garuda!


"Congratulations to Malaysia on winning the SEA games!" Itulah ucapan tahniah yang dinyatakan oleh Liverpool FC kepada barisan pemain kita (skuad harimau muda B23) kerana berjaya menewaskan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno Semalam dengan jaringan 4-3. Ucapan yang amat bermakna ini dititipkan menerusi facebook Liverpool FC iaitu http://www.facebook.com/LiverpoolFC Kemenangan ini sekali lagi menjadi kebanggaan buat seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan kejayaan skuad harimau muda ini. Kemenangan ini juga menjadi saksi betapa hancurnya harapan lebih 100000 ribu rakyat Indonesia yang datang untuk menyaksikan perlawanan ini. Mungkin inilah yang dikatakan hikmah di sebalik hinaan dan layanan "Second Class" yang diberikan kepada pasukan kita sepanjang berlansungnya sukan SEA di Indonesia ini..Tahniah kepada Pemain-pemain kita..Malaysia Boleh!

* Berita sedih sepanjang perlawanan Malaysia Lwn Indonesia ini:Dua peminat bola sepak Indonesia maut selepas berasak-asak bagi mengikuti perlawanan akhir pertembungan antara Malaysia dan Indonesia bagi merebut emas, di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi . Media tempatan melaporkan beberapa lagi penyokong turut dikejarkan ke hospital, termasuk seorang budak lelaki berusia sembulan tahun yang terjatuh dan dilaporkan dalam keadaan koma. - AFP .

1 comments:

fairus said...

LIVERPOOL PUN HORMAT MALAYSIA.. ;)