KLIK YE..TAKKAN NAK TENGOK AJE...

FOLLOW ME DER....

Monday, July 4, 2011

5 kesalahan bersenam yang sering dilakukan..


Bersenam merupakan salah satu cara untuk menguruskan badan dan meningkatkan kesihatan. Ramai yang telah sedar akan kebaikan dan kepentingan bersenam untuk tubuh badan. Tetapi masih ada antara kita yang melakukan kesalahan kesalahan kecil yang boleh melumpuhkan keberkesanan senaman itu sendiri. Antaranya:

Bersenam dengan perut kosong
Apabila anda bersenam dengan perut kosong, ianya agak mustahil untuk tubuh anda membakar lemak dengan baik. Ini adalah kerana karbohidrat diperlukan ketika proses pembakaran lemak. Sekiranya tiada bekalan karbohidrat , otot anda akan bekerja sendiri ketika proses tersebut, dan akan menyebabkan kerosakan pada otot.

Tidak memanaskan badan.
Ramai yang mengambil mudah terhadap perkara ini. Sedangkan memanaskan badan adalah perkara yang amat penting untuk mengelakkan kecederaan otot-otot anda. Luangkan sekurang-kurangnya 5 minit untuk memanaskan badan sebelum anda melakukan apa-apa senaman.

Tidak Konsisten.
Untuk mendapatkan sesuatu hasil daripada senaman yang dilakukan, ia perlu dilakukan dengan konsisten. Ramai yang menganggap senaman boleh dilakukan apabila dirasakan perlu sahaja, sedangkan ia memerlukan penjadualan yang khas untuk anda melakukannya.

Tidak menjaga permakanan
Ada pendapat mengatakan bahawa apabila anda sudah melakukan senaman, anda bebas untuk memakan apa sahaja. Ia sememangnya tidak benar. Penjagaan pemakanan adalah penting untuk mengekalkan kesihatan dan bentuk tubuh badan anda. Seeloknya selepas senaman ,haruslah makan sesuatu yang senang dihadam dan mengandungi protien BV yang tinggi seperti susu rendah lemak, kerana ia boleh memperbaiki metabolisme kita. sementara selepas senaman pula, kita dinasihatkan supaya tidak makan 4-5 jam sebelum bersenam, tapi awas jangan bersenam dengan perut kosong, kalau nak makan, makanlah buah-buahan yang senang dihadam seperti epal, pisang dan tembikai.

Tidak dilakukan secara berperingkat
Senaman adalah merupakan suatu proses dan anda tidak boleh memaksa otot anda daripada melakukan suatu yang diluar kemampuan secara mengejut. Lakukannya secara berperingkat dan cuba untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa.

( sekian...info tentang senaman...Selamat mengamalkannya!)

2 comments:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

tidak konsisten tu yg kita slalu buat..hihihi~

mintak jasa baek kwn-kwn komen entry nie. maera tgh join contest. mekasih.mmuahhx..

http://mid-sayang.blogspot.com/2011/07/saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

John Rennoult [JR] said...

http://akubecerita.blogspot.com/2011/07/perokok-tak-ramai-sakit-jantung.html