KLIK YE..TAKKAN NAK TENGOK AJE...

FOLLOW ME DER....

Thursday, May 5, 2011

kena terjah di bawah pokok antara bangunan HEP dan Fakulti Bahasa.

Di bawah pokok yang rendang, sayup-sayup terdengar bunyi deruman kenderaan yang lalu lalang dan suara-suara pensyarah luar negara yang berkulit hitam itu berbual sesama mereka..keseorangan duduk di taman menunggu pejabat HEP dibuka..Pukul 2.00 petang...lagu-lagu rock pada tahun 1980-an menemaniku sambil menyedut line internet dan udara free dan bersih di sini...Tiada lagi pelajar yang terkejar ke hulu ke hilir menjinjing beg, membawa buku, mengayuh basikal dan sebagainya...Tiada lagi lecturer yang dilihat termengah-mengah kepenatan mengejar waktu kuliah..Yang ada hanya beberapa orang cleaner dan pekerja am yang membersihkan kawasan sekitar kampus..UPSI lengang...UPSI kini sangat sunyi...dan dalam keasyikan aku menikmati keindahan alam sekitar bangunan HEP dan Fakulti ini, tiba-tiba........................Tiba-tiba.....dua orang perempuan berkulit hitam, masing-masing memegang penyapu datang menghampiriku..Agak ragu di situ.." Adik, adik tidak balik rumah lagi ka? orang sudah balik,adik mari sini buat apa? " "Huh......"aku mengurut dada lega..Rupa-rupanya, mak cik dua orang tu mak cik cleaner yang membersihkan kawasan kampus ." Err...saya nak praktikum Isnin ni mak cik,tu pasal tak balik lagi..Saya kat sini tunggu HEP bukak..." Jawabku perlahan...Sambil mengemas beg dan menyimpan notebook dan bergegas pergi ke pejabat HEP...Begitulah cerita yang tak ade tapi saja nak diadakan.....Terima kasih kerana membaca....hehe..

0 comments: