KLIK YE..TAKKAN NAK TENGOK AJE...

FOLLOW ME DER....

Monday, April 11, 2011

Ketahui Siapa berisiko mati mengejut!


KEJADIAN mati secara mengejut akibat serangan jantung dan angin ahmar (strok) semakin meningkat setiap tahun. Malah, ia menjadi ancaman yang perlu diberi perhatian serius oleh rakyat negara ini.Lebih buruk apabila penyakit yang dahulunya banyak menyerang individu melebihi usia 50-an kini mula menyerang golongan muda sama ada mereka aktif bersukan atau sebaliknya.

Dalam tempoh dua dekad kebelakangan ini, dunia perubatan mengetengahkan istilah sindrom metabolik. Sindrom itu berpunca daripada tiga jenis penyakit iaitu serangan jantung, diabetes dan hipertensi.

Sindrom bererti sekumpulan simptom atau keabnormalan fizikal yang wujud pada masa yang sama dalam diri individu tertentu.

Metabolik merupakan satu proses kimia yang berlaku dalam badan manusia untuk tujuan tumbesaran dan reproduksi, mengekalkan struktur tubuh serta reaksi kepada persekitaran manusia.

Sindrom metabolik juga dikenali sebagai sindrom x atau sindrom rintangan insulin. Ia merupakan sindrom yang terdiri daripada pelbagai risiko gangguan metabolisma yang meningkatkan risiko individu mendapat penyakit kronik.

Berkait rapat dengan pesakit jantung

Tanpa mengira peringkat usia dan gaya hidup, penyakit ini ditakuti ramai kerana kehadirannya tidak disedari dan bakal menyerang pada bila-bila masa sahaja, tanpa sebarang tanda mahupun isyarat.

Bagaimanapun, sakit dada tidak seharusnya dikaitkan dengan serangan penyakit jantung kerana kebanyakkan pesakit yang menghadapi simptom ini, tidak mengalaminya.

Penyakit koronari jantung (serangan jantung) berlaku apabila terdapatnya saluran darah ke bahagian jantung yang tersumbat.

Kerosakan pada arteri koronari merupakan satu keadaan yang boleh menyebabkan sakit jantung.

Penyumbang utama kepada penyakit jantung arteri koroneri ini dikenali sebagai arthroskelorosis. Ia terjadi apabila gumpalan lemak terkumpul dalam saluran darah dan seterusnya, menyempitkan lagi laluan darah yang mengandungi oksigen kepada jantung.

Ini menyebabkan jantung menjadi kekurangan oksigen dan sekiranya keadaan ini berlarutan, bahagian jantung yang tidak menerima oksigen itu akan berubah menjadi kehitam-hitaman.

Dipercayai, gumpalan lemak ini berasal daripada kadar kolesterol yang tinggi dalam darah. Arthroskelorosis mengambil masa yang panjang untuk terbentuk dan ia melibatkan proses yang cukup perlahan.

Bagaimanapun, jika tidak dirawat pada peringkat awal, arthroskelorosis boleh menjadi bertambah buruk sehingga membawa kepada kematian.

Jika dahulu, penyakit jantung hanya dihidapi oleh warga tua tetapi kini, semakin ramai kanak-kanak dan golongan muda yang turut menjadi mangsa.


Punca Mati Mengejut.

1. Ukur Lilit Pinggang yang terlampau besar

Seseorang cenderung menghidap sindrom metabolik jika mempunyai ukur lilit pinggang melebihi 80 sentimeter (sm) bagi perempuan dan 90 sm bagi lelaki.

2.Gaya hidup yang kurang sihat

Kebiasaannya penghidap sindrom itu mempunyai gaya hidup yang tidak sihat akibat kurang atau tiada masa melakukan senaman.

3. Genetik

Faktor lain yang menyumbang kepada sindrom tersebut adalah genetik. Mereka yg mempunyai

sejarah keluarga seperti masalah jantung, hipertensi dan diabetes dinasihatkan supaya segera mendapatkan rawatan kerana mereka berisiko tinggi untuk mewarisi sindrom tersebut.

4. stres

Tekanan dan kemurungan juga antara sebab mati mengejut kerana emosi yang terganggu akan menyebabkan jantung tidak dapat menjalankan fungsi dengan baik. So, bergembiralah selalu walaupun banyak masalah. Selesaikan masalah-masalah itu dengan sehabis baik agar tidak membelenggu dan memberikan tekanan,

5. Merokok dan mengambil alkohol dalam kuantiti yang banyak

Ketagihan rokok dan alkohol juga menyumbang kepada punca mati mengejut, kerana paras nikotin yang tinggi boleh menyebabkan seseorang itu mengidap sakit jantung, Jadi, jangan merokok sekiranya belum pernah merokok dan berhenti jika jika telah merokok

6. peningkatan usia

Individu yang mempunyai sindrom mati mengejut ini lazimnya yang berumur 40/ 50 tahun ke atas kerana ketahanan badan semakin berkurang berikutan umur yang semakin meningkat. Jadi, kalau rasa umur dah 40/50 tahun tu rajin2 lah bersenam, makan makanan seimbang ye..


CARA MENGATASI

*Makan secara sihat. Kurangkan pengambilan lemak dan daging binatang.Tindakan ini menolong mengelak terjadinya pengerasan pada arteri iaitu salah satu punca tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan strok.

*Berhentilah merokok. Saranan kerajaan yang sering kita dengar tetapi tidak ramai yang mematuhinya. Sesiapa sahaja yang terdedah secara lansung dengan asap rokok, berisiko mendapat serangan jantung, apatah lagi bagi mereka yang merokok.

*Ringan-ringankan tulang untuk bersenam. Pelbagaikan bentuk senaman agar anda tidak bosan untuk bersenam setiap hari. Jadikan ia sebagai suatu amalan ke arah gaya hidup yang lebih sihat.

*Kekalkan berat badan ideal. Berat badan berlebihan membebankan jantung, jadi cuba dapatkan berat badan yang bersesuaian dengan ketinggian anda.

*Elakkan tekanan. Cuba belajar bertenang , beribadat, berehat sambil mendengar muzik, beriadah dan berfikiran positif akan membuat anda berasa sihat.

*Sekiranya anda mempunyai sejarah keturunan yang berpenyakit jantung, jalanilah ujian pemeriksaan tekanan darah secara berkala.


Ulasan pengarang: Ajal maut di tangan Tuhan, tetapi kita manusia hendaklah berusaha untuk hidup lebih sihat kerana kesihatan itu tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Beringat sebelum kena!



0 comments: