KLIK YE..TAKKAN NAK TENGOK AJE...

FOLLOW ME DER....

Friday, December 10, 2010

KWSP peroleh RM67.29 juta

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pulangan memberangsangkan dalam pelaburan hartanah apabila memperoleh RM67.29 juta pada suku ketiga tahun ini.
Pengerusinya Tan Sri Samsudin Osman berkata, pelaburan KWSP dalam sektor itu kini berjumlah RM1.89 bilion atau 0.44 peratus daripada pelaburan keseluruhan RM420 bilion.
Beliau berkata, sebagai sebuah tabung yang memberikan jaminan asas kewangan bagi ahlinya menghadapi hari persaraan dengan selesa, setiap pelaburan dibuat dengan berhati-hati bagi mengelak kerugian jangka panjang.
Katanya, ia juga menepati matlamat utama pelaburan iaitu memberi pulangan munasabah dan mampu diterjemahkan melalui pengisytiharan kadar dividen yang baik.
“Setakat ini KWSP berupaya mengisytiharkan kadar dividen kompetitif berdasarkan suasana ekonomi negara. Selain itu, agensi ini juga melabur dalam bidang lain seperti Sekuriti Kerajaan Malaysia, pinjaman dan bon, ekuiti serta instrumen pasaran wang.
“Setiap keputusan pelaburan agensi itu dibuat dengan teliti, berhemah dan melalui proses due dilligence tanpa mendedahkan simpanan ahli kepada risiko tinggi,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian bangunan KWSP negeri di Indera Mahkota yang disempurnakan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, di sini, semalam.
Turut berangkat ke majlis berkenaan, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Mengenai bangunan bernilai RM12.85 juta itu, Samsudin berkata, ia dibina pada 2004 di atas tanah seluas 1.6 hektar dan beroperasi pada Julai 2006.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

0 comments: