Hi..en3 di pagi sabtu ni agak lain sket..sebab ia merupakan luahan saya terhadap sikap pemandu yang suka sangat bunyikan hon kereta sebarangan. Walaupun setiap kenderaan ada hon masing-masing. Tapi pendapat saya hon tu tak perlu...haha(pelik kan saya ni)...Saya berpendapat, ada inisiatif atau cara lain yang lebih sopan selain dari guna hon..
Antara kesan yang mungkin tak disedari oleh anda ketika anda menghonkan kereta anda ialah seperti kat bawah ni...
1. Anda mungkin boleh menyebabkan orang lain kemalangan.
Percaya atau tidak kalau anda membunyikan hon kereta sebenarnya boleh menyebabkan orang lain kemalangan? Misalnya, kalau di depan anda tu ada penunggang motor yang cepat menggelabah dan kelam-kabut,atau cepat melatah atau lebih signifikan lagi merupakan orang yang sensitif terhadap bunyi hon...Dia mungkin akan terkejut,mungkin boleh terjatuh atau mungkin melanggar belakang kenderaan di hadapannya..Ataupun di depan anda ialah seorang yang dirundung masalah dan mungkin sedang melayang fikirannya ke tempat lain. Hon anda mungkin menyebabkan dia terkejut dan spontan di luar kawalan dia terus memecut? ha...Anda jawab sendirila ok?
2. Menampakkan sikap anda yang kurang penyabar dan mudah panas baran
Apabila anda membunyikan hon , salah satu anggapan orang terhadap anda ialah anda merupakan seorang yang kurang sabar dalam menunggu atau menanti sesuatu . Sabar ye..sabar itu separuh daripada iman. Jangan ingat jalan raya anda sorang yang punya...hehehe. Kalau kena yang penyabar dengan sikap anda, tak pe..kalau yang kena 2x5 ngan anda? ha..seperti petikan surat khabar kat bawah ni..(utusan Malaysia)
KUANTAN 26 Mei – Berang dengan tindakan bapanya membunyikan hon kereta bertalu-talu, seorang pemuda berusia 31 tahun hilang kewarasannya dan sanggup membaling tukul besi dan kerusi ke arah ibu bapanya itu.
Namun mujurlah balingan suspek itu tidak mengenai kedua-dua mangsa yang berusia 57 dan 84 tahun.
Kejadian berlaku pada pukul 1.30 petang di Taman Cenderawasih, Bukit Setongkol di sini, semalam, ketika pasangan itu hendak memasuki rumah mereka.
Namun mujurlah balingan suspek itu tidak mengenai kedua-dua mangsa yang berusia 57 dan 84 tahun.
Kejadian berlaku pada pukul 1.30 petang di Taman Cenderawasih, Bukit Setongkol di sini, semalam, ketika pasangan itu hendak memasuki rumah mereka.
3. Anda mungkin dilabel sebagai seorang pemandu yang kurang berhemah dan kurang sopan..
Kalau nak menegur atau menyapa orang, tak baik kita membunyikan hon..ape kata anda angkat tangan anda jer,lambai sket2 dah la...,bagi isyarat yang anda berdua sedang bertemu di jalan raya. Tak perlu nak hon2....lagi beradab..
4. Anda menambah bunyi bising di jalan raya.
Misalnya, yang jelas, anda dilarang membunyikan hon kereta di kawasan hospital, sebab di hospital, ada orang sakit. Orang sakit perlukan ketenangan dan rehat yang tidak terganggu. Tapi, bukan di hospital jer ade orang sakit. merata tempat mesti ada orang yang sakit yang nak rehat dan tenangkan fikiran. Nanti anda kena sumpah seranah orang pulak...
5. Kalau ada binatang lalu kat depan pun anda tak payah hon, sebab binatang tu ade gak yang biul2 sket.ade yang sajer nak pekakkan telinga ngan bunyi hon anda..kang anda yang accident sebab terpaksa mengelak.
kalau ada binatang lalu, contohnya kalau babi hutan, spesis ni tak kan datang sorang,bawak sekali laki bini,anak menantu dia melintas jalan. Kalau anda hon, depa tak nak lari, kereta anda pulak jadi hilang kawalan semata-mata nak mengelak babi2 ni. Cadangan saya kalau ade binatang elak je...jgn bawak laju2...mesti boleh punyer...
Nah..nampak dah, alasan2 mengapa anda tak boleh bunyikan hon kenderaan anda sesuka hati semasa memandu? Harap2 lepas ni ambik ikhtibar la yer...Memang x dinafikan ada ketika kita perlu bunyikan hon kenderaan kita, misalnya kalau nak mintak tolong, nak mintak laluan dan sebagainya..Tapi kena beradab sket..ok? Ni sekadar sedikit teguran..kalau ada pandangan,amatlah dialu-alukan...
Then, di kesempatan ini, nak share sket..tentang makna hon kereta yang korang selalu bunyikan..supaya anda sedar lepas ni...huhu
1 kali HON PENDEK – pemandu tu nak cakap ; HAI
2 kali HON PENDEK – pemandu tu nak cakap ; TERIMA KASIH ; atau ; JUMPA LAGI
3 kali HON PENDEK – pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)
1 kali HON PANJANG – pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan
2 kali HON PANJANG – pemandu tu marah ; HOI ….. ***** XDER OTAK KE
Hari2 Membunyikan hon-Pemandu tu ade masalah mental,gila kat hon kereta..hati2 ngan org mcm ni.
3 comments:
jarang tekan hon.. tekan untuk masa2 yg perlu saja.. contohnya bila nampak kwn kat tepi jalan or kereta depan still x jln2 bila trafik light dah nak tukar warna..
huhuhu.... rasanya no 2 tu memang menyerlah sungguh ketidakspanan aku memandu...
memang kalu tak sabar, cepat jer nak menekan hon...
agak2 leh tak buat hon bunyi comel cikit..sedap sikit nak menekan hon tu nanti..hehehe
http://sumijelly.com
Tolong tukar warna font tulisan kepada warna gelap. Warna fluorescent yg terang menyebabkan tulisan anda tidak boleh dibaca.
Post a Comment