KLIK YE..TAKKAN NAK TENGOK AJE...

FOLLOW ME DER....

Monday, September 27, 2010

Cinta Dahulu VS Cinta Sekarang..

1. Cinta Orang Dulu ada Bukti

Kalau orang dulu-dulu bercinta, mereka menulis surat cinta untuk meluahkan perasaan. Terutama yang berjauhan. Dalam surat tu, ditulis dengan panggilan mesra kanda dan dinda. Dan juga disertakan gambar. Surat tu lah akan disimpan sampai bila-bila sebagai bukti cinta. Bahkan kalau tiada jodoh sekalipun , ia boleh dijadikan kenangan.Tetapi pada zaman sekarang, segala teknologi boleh digunakan untuk menyampaikan cinta. Dengan SMS lah, chat lah, dan banyak lagi. Tetapi semua itu akan dipadamkan, selepas berhubung. Bahkan, orang dulu-dulu meluahkan perasaan face to face , tak macam orang sekarang ni. Dalam Handphone boleh jer kata sesuka hati, tapi bila dah bersemuka pulak lain jadi.



2. Cinta Orang Dulu2 Lebih Beradab

Orang dulu-dulu bercinta dari mata jatuh ke hati. Orang sekarang? Belum jumpa lagi dah jatuh hati.haha..Lepas suka sama suka, orang dulu-dulu jumpa mak bapak, lepas tu merisik, kemudian meminang, dan kahwin. Orang sekarang, asal suka je terus jumpa. Ibu bapa tak perlu tau. Lepas tu, buat maksiat. Mengandung pulak anak luar nikah. Lepas lahir anak, barulah panggil mak bapak, tolong beli susu anak..Nampaknya mak bapak orang sekarang hanya berguna bila dah terberanak.


3. Cinta Orang Dulu-dulu bukan kerana Harta

Orang dulu-dulu bercinta bukan disebabkan harta. Oleh tu orang dulu-dulu bahagia. Mereka bercinta atas dasar suka sama suka. Tapi orang sekarang, fulamak......kalau kerja sebarangan jangan nak try tackle orang pompuan sekarang ni...Muka handsome pun belum tentu dapat beb, kalau poket kosong. Muka tua bangka, rambut putih sekalipun, kalau banyak duit, perempuan2 sekarang tak berfikir panjang..Terus kawin je, walaupun dia tahu orang tu dah ada anak bini..Janji Duit Ade je..


4. Orang dulu-dulu bercinta berlandaskan hukum dan agama

Orang dulu-dulu bercinta tidak melanggar hukum agama. Orang sekarang bercinta berlandaskan nafsu semata-mata.



5. Orang Dulu-dulu Dengar Cakap Mak Bapak

Walaupun cinta dengan si pilihan hati, tetapi jika mak bapak tak bersetuju, dan ada pilihan untuk anak mereka, orang dulu-dulu menerima jodoh yang dipilih oleh ibu bapa dengan redha. Orang sekarang pulak, kalau mak bapak tak bagi kahwin, menikah sembunyi2...Tanpa restu ibu bapa..Sebab tu, orang dulu2 bahagia walaupun bukan dengan pilihan mereka.



6. Orang dulu-dulu bertemu berdua, Orang sekarang kalau bertemu Bertiga.


Orang dulu-dulu kalau bertemu dengan pasangan mereka, mereka tak da niat nak buat benda yang tak baik. Kalau bertemu pun mungkin bercerita, berpantun bersama, berbual dan bergurau senda dengan cara yang betul. Orang sekarang, kalau betemu, mesti ada bawak orang ketiga (Iblis) sekali, sebab tu, asal betemu je buat benda tak elok.












7. Orang dulu-dulu susah melafazkan cerai, Orang sekarang, dengan sms pun boleh lafazkan cerai..




* Rumusannya, berdasarkan pemerhatian saya, orang dulu-dulu mempunyai cinta yang lebih sejati jika dibandingkan dengan orang hari ini. Mereka lebih setia kepada pasangan, kerana percaya akan hukum karma dalam percintaan. Tetapi sekarang, Lelaki ngan pompuan sama saja( Tak semua ek.....Segelintir) Lelaki boleh permainkan perempuan, perempuan pulak suka hati permainkan lelaki..Apa pandangan anda pulak?

2 comments:

Jef Hadi said...

yang no. 6 tu, tak berapa setuju. setan dari dulu kan ada. hoho.

4feet8 said...

betul tu..takde bukti..