KLIK YE..TAKKAN NAK TENGOK AJE...

FOLLOW ME DER....

Tuesday, August 3, 2010

Rahsia di Sebalik ROKOK! baca jangan tak baca.......perokok2 sekalian....


Di sebalik cerita pasal rokok ni, saya nak ceritalah satu cerita..Ada seorang bapa bernama Pak R yang bekerja sebagai pekerja di ladang kelapa sawit..Gaji beliau sebulan kira-kira RM 450.00 macam tu lah...Pak R ni ada seorang anak bernama Ali, Ahmad,dan Abu. ketiga-tiga anak Pak R ni masih bersekolah. Isteri Pak R pula bekerja sebagai orang gaji sambilan yang jika dicampur sekali pendapatan mereka suami isteri,adalah kira-kira RM 650.00 sebulan..Tetapi, duit itu tak pernah cukup, seringkali anak-anak Pak R ni tidak membawa duit pergi ke sekolah..Di kala anak-anak lain menikmati makanan di kantin, anak-anak Pak R hanya mampu memulas pili air di tandas,dan meminum air sahaja bagi mengisi perut yang lapar....Isteri Pak R pula, saban hari terpaksa menjaga anak-anak orang.Membasuh kain baju orang..Setiap malam isteri Pak R lambat balik dari Pak R kerana kesibukan bekerja. Pak R pula seorang perokok tegar yang sudah berpuluh tahun merokok tak pernah berhenti. Dalam satu hari sahaja, Pak R akan membeli sekotak rokok berharga RM 4.90. Hidup Pak R tidak dapat dipisahkan daripada rokok..Pada suatu hari, Ali, anak Pak R yang sulung meminta duit untuk membeli buku,dan yuran sekolah yang belum dibayar. Pada tahun itu, Ali menghadapi PMR...cikgu di sekolah semuanya bising-bising kerana Ali tidak pernah membayar yuran sekolah sejak dari Tingkatan 1 lagi." Ayah, saya perlukan duit" kata Ali menadah tangan,minta simpati. "Duit lagi?berapa?" Pak R menjawab sambil menyedut rokok ERA nya perlahan-lahan. " RM 50 ayah. untuk bayar yuran peperikasaan.." Kata Ali.." Banyak itu kau mintak dari itu?Hoi! Anak tak sedar diri...kalau kau nak duit sangat..ha..kau berhenti sekolah.ikut aku kerja sawit!" Pak R marah sangat2 dan berlalu meninggalkan Ali..Keesokan paginya, Ali, Ahmad dan Abu,sekali lagi terpaksa menahan perut yang lapar pergi ke sekolah.. " Ali......o Ali......lalu kat kedai Ah Chai nanti belikan aku rokok sekotak,ni ha duitnya," Pak R memberi duit RM 5.oo kepada Ali. Ali diam seketika.." Ayah, boleh tak Ali cakap sesuatu?" "ha...cakap apa?mintak duit lagi..aku tak da duitlah..mintak kat mak engkau"Tengking Pak R,garang. "Tak..Ali tak mintak duit, ayah, kalau duit RM5.00 ni Ali beli ikan masin kat kedai Ah Chai boleh tak ayah..buat lauk..""Hoi..gila ke?Engkau kemaruk sangat nak ikan masin tu..engkau beli sendiri" " ayah, kalau Ali beli ikan masin tu.kita boleh makan sama-sama ikan tu..Emak, Ahmad dan Abu dan ayah ngan Ali sendiri boleh makan tu,buat lauk...daripada berlaukkan garam tiap hari...Ni ayah beli rokok...Ayah seorang saja hisap rokok? Tidak adil bagi kami dan emak..."

Pak R..merenung muka anak sulungnya itu dalam2...Kemudian dia duduk termenung..Berfikir kebenaran kata-kata anaknya...Dia mula menyedari kesilapan yang dilakukannya selama berbelas tahun menjadi seorang ayah.....


*Sedarilah wahai ayah2....hayati makna cerita ini...*

Kesan Buruk ROKOK

Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak

Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga. Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang SihatMereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda. Asap Rokok Basi Memudaratkan Kanak-Kanak Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda. Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda. Jagalah mereka, sayangi mereka. Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan. Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah. Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok. Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk

Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin. Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
Kualiti sperma anda akan terganggu.
Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah. Hubungan Seks Anda Akan Terganggu (Beri perhatian ye bapa2 dan suami2...)
Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita. Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah. Selamatkan diri anda dari mati pucuk Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin. Bertindak bijak, jangan merokok. Fikirkanlah Tentang Pasangan Anda


Merokok Mengakibatkan Strok
Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah. Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar. Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak. Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.


Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung

Merokok sememangnya satu tabiat buruk. Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok. Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok. Sayangkan Jantung Anda Merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung. Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok. Jangan biarkan asap rokok membunuh anda. Jauhilah diri dari asap rokok basi. Belajarlah menyayangi jantung anda.


Rokok meragut senyuman indah anda dan mengakibatkan kanser mulut..

Apabila anda sudah merokok dan menjadi ketagih kepada rokok, perhatikanlah gambar anda sebelum merokok..sebelum merokok,wajah anda bersih..bibir merah dan normal..gigi pun putih,nafas segar,tetapi selepas anda merokok....huh!...bibir hitam,gigi pun kuning dan ada kerak2 berwarna hitam..nak senyum pun susah..nak ketawa malu pulak nak tayang gigi...nafas pulak berbau...wahai perokok sekalian,mana satu pilihan anda?Jangan lupa, merokok juga menyebabkan ulser atau kanser mulut..Sayangi mulut anda...Tanpa mulut, bagaimana anda boleh bercakap?menikmati makanan?emm...Fikir2 kan lah...


Fakta Membimbangkan Akibat Merokok
50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah. 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok. Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun. Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok. Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru

Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali.

Selamatkan Diri Anda Dari Kanser Paru-Paru
Setiap sedutan membawa padah.
Kenapa harus meracuni diri?
Jangan biarkan asap rokok merosakkan paru-paru anda.
Selamatkan diri dari kanser paru-paru.
Bertindak bijak, jangan merokok.
Keluarga Anda dan Orang Tersayang

Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita akibat kanser paru-paru. Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka. Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.

Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.

Bahan Toksik Dalam Asap Rokok

Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.


Bahan kimia dalam rokok
Sumber bahan kimia
Metanol
Bahan Api
Nitrobenzena
Gasolin
Karbon Monoksida
Asap kereta
Butana
Cecair pemetik api
Raksa
Logam dalam jangka suhu
Vinil Klorida
Bahan utama plastik
Toulena
Pelarut industri
Ammonia
Pencuci lantai
Arsenik
Racun tikus
Kadmium
Bahan utama bateri alkali
Stearik
Bahan utama dalam lilin
Sianida
Racun berbisa


DAN YANG PALING ANDA PERLU TAHU....JIKA ANDA MENGHABISKAN RM4-RM5 SEHARI UNTUK MEMBELI ROKOK..JIKA SELAMA SEBULAN(31HARI)..ANDA MENGHABISKAN RM 120....ITUPUN JIKA ANDA MEMBELI ROKOK YANG MURAH..TETAPI JIKA ROKOK MAHAL..LU KIRA LA SENDIRI...THEN, KALA U SETAHUN?AGAK2 BERAPA?RM 1800> KAN? KALAU 10 TAHUN ANDA MEROKOK? RM 18000> KAN? KALAU 20 TAHUN ANDA MEROKOK?RM 26000...BAYANGKAN? BETAPA BANYAKNYA DUIT ITU ANDA BAZIRKAN UNTUK MEMBELI ROKOK?ALANGKAH BAIKNYA KALAU DISIMPAN UNTUK TABUNGAN ANAK2 BERSEKOLAH,UNTUK MEMBELI RUMAH DAN KERETA?HA......SEKARANG...FIKIR2LAH....NAK TERUS ATAU NAK BERHENTI...


SEKIAN.....

0 comments: