KLIK YE..TAKKAN NAK TENGOK AJE...

FOLLOW ME DER....

Friday, October 22, 2010

Ketahui Jenis Makanan Yang kita ambil...Sama ada beralkali ataupun Berasid...Untuk Lebih sihat, lebihkan makanan beralkali.


Terapi makanan beralkali ini sudah popular sejak beberapa tahun yang lepas di eropah dan negara-negara maju dan terbukti memberikan kesan yang sangat positif. Sila rujuk kenyataan Dr. Robert O. Young, seorang saintis yang meneroka keajaiban tubuh terhadap kadar pH : 'Your health depends on an alkaline environment, created by eating foods such as tomatoes, avocados and green vegetables...striking the optimum 80/20 balance and regulating your body's acid/alkaline chemistry through simple changes in diet can result in weight loss, increased stamina and strength,a stronger immune system and a greater sense of wellbeing.'

Dengan kata lain, badan yang seimbang memerlukan 80% alkali dan 20% asid untuk kekal sihat. Tetapi kebanyakkan kita terbalik, mengambil terlalu banyak makanan yang membantu pembentukan berasid (Acid forming food) seperti gula, lemak tepu, nasi, gandum ais krim, cendol, daging, kopi, ubatan kimia, jeruk dan roti putih.Bukan tak boleh makan nasi, cuma kuncinya adalah keseimbangan.

Kalau makan nasi banyak bererti badan kita semakin berasid maka kita perlulah menyeimbangkan dengan makanan-makanan beralkali pula seperti sayuran segar, ulam (paling bagus yang pahit), buah-buahan tropika, spirulina dan barli. Bagus juga minum green tea atau misai kucing. Buah buahan seperti oren, limau nipis, anggur walaupun berasid tetapi mengandungi asid sitrik yang menggalakkan kesan pengalkalian pada tubuh maka bagus untuk dimakan.Orang dulu-dulu tak tahu pun tentang pH alkali asid ni. Tetapi mereka mempunyai petua-petua yang ternyata berkesan untuk hidup sihat berdasarkan pengamatan mereka terhadap tindak balas tubuh.

Contohnya banyak memakan ulam-ulaman dicicah dengan sambal, minum herba, kurang makan daging dan banyak lagi. Pernah dengar petua kalau sakit perut memulas, minum teh pekat yang kelat lagi pahit untuk menghilangkan sakit perut? Kelat tu tandanya beralkali, memulas perut tu tandanya banyak asid dalam perut.orang dulu-dulu tak payah belajar tinggi-tinggi pun tahu. Ingat badan kita tak boleh nak menghasilkan alkali dengan efektif jadi kita kena 'top up' makanan beralkali tapi sangat bagus untuk menghasilkan asid maka kita kena 'push down' makanan berasid. Kuncinya tingkatkan semaksimum mungkin makanan beralkali!


Di Bawah ni saya sertakan beberapa jenis makanan yang beralkali dan juga makanan yang berasid.



Makanan beralkali – atau Makanan ‘hijau’



1. Sayur-sayuran: Bawang putih – Asparagus – Bit- Brokoli – Kubis – Lobak Merah – Kubis Bunga – Saderi – Klorela – Timun – Terung – Kubis Daun – Pokok salad – Cendawan – Dulce – Dandelion – Bawang – Parsnip – Kacang – Lada putih – Labu – Spirulina – Pucuk Tumbuhan – Skuasy (Labu Besar) – Alfalfa – Rumput – Barli – Rumput Gandum – Sayuran hijau
2. Buah-buahan: Epal – Avokado – Pisang – Kantalup – Ceri – Kismis – Kurma/Buah tin – Anggur – Limau gedang – Limau nipis – Tembikai susu – Tembikai – Oren – Lemon – Per – Nanas – Beri – Limau tangerin – Tomato – Buah tropika – Tembikai/Semangka
3. Protein: Telur – Protein dadih susu – Keju kotej – Dada ayam – Yogurt – Badam – Buah Berangan – Tauhu (yang ditapaikan) – Biji Flaks – Biji Labu – Biji Skuasy (Labu Besar) – Bunga Matahari – Biji-bijian – Sekoi – Biji Pucuk Tumbuhan – Kekacang
4. Lain-lain: Cuka Cider Epal – Debunga lebah – Butir Lesitin – Kultur Probiotik – Jus Sayuran Hijau – Jus Sayur-sayuran – Susu Organik – Air Mineral – Teh Hijau – Teh Herba – Teh Dandelion – Teh Ginseng – Kombucha
5. Pemanis: Stevia
6. Rempah/perasa: Kayu Manis – Kunyit – Halia – Pokok mustard – Lada cili – Garam laut – Semua jenis herba
7. Sayur-sayuran dari timur: Maitake – Shitake – Reishi



Makanan berasid
1. Lemak dan minyak: Minyak Avokado – Minyak kanola – Minyak Jagung – Minyak Biji Hemp – Minyak Flaks – Minyak Zaitun – Minyak Kesumba – Minyak Bijan – Minyak Bunga Matahari
2. Buah-buahan: Kranberi
Biji-bijian: Kek Beras – Kek Gandum – Barli – Gandum Hitam – Jagung – Oat (digulungkan) – Beras (semua jenis) – Rai – Gandum – Biji Hemp – Tepung
3. Tenusu: Keju, Lembu – Keju, Kambing – Keju, Diproses – Keju, Biri-biri – Susu – Mentega
4. Kekacang dan mentega: Gajus – Kacang Brazil – Kacang Tanah – Mentega kacang – Walnut
5. Protein haiwan: Daging Lembu – Ikan kap – Remis – Ikan – Kambing – Udang karang – Kupang – Tiram – Arnab – Ikan Salmon – Udang – Kekapis – Ikan Tuna – Ayam Belanda – Daging Rusa
6. Kekacang dan legum: Kacang Hitam – Kacang Kuda – Kacang Hijau – Kacang Ginjal – Kacang Dal – Kacang Lima – Kacang Pinto – Kacang Merah – Kacang Putih – Susu Beras – Susu Badam
7. Pasta (putih): Mi – Makaroni – Spageti


Tips Sampingan

1. Untuk wanita sukar hamil, amalkan mengambil makanan beralkali seperti taugeh, kacang pis, susu dan kurangkan pengambilan makanan berasid seperti daging merah dan teh untuk mengurangkan keasidan dalam cervical mucus yang boleh menjejaskan sperma. - holisticonline.com


2. Merancang Jantina anak( Kedua-dua pasangan harus mengambil makanan seperti berikut.


-Anak perempuan-Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.



-Anak lelaki-Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

3. Untuk pesakit gastrik- banyakkan memakan makanan beralkali dan kurangkan makanan berasid. Kerana pesakit gastrik adalah mempunyai banyak asid di dalam badan.

0 comments: