KLIK YE..TAKKAN NAK TENGOK AJE...

FOLLOW ME DER....

Wednesday, January 13, 2010

Hotel Rwanda(Sebuah Filem yang sarat dengan Unsur pengajaran(bagaimana masyarakat yang hidup sebumbung boleh berbalah sesama sendiri)...

Bagi yang pernah melihat filem ini,sudah pasti tahu jalan ceritanya bagaimana. Hotel Rwanda..Sebuah filem yang berkisar tentang kehidupan masyarakat yang dalam komuniti yang sama, kaum yang sama, negara yang sama yang bergaduh sesama sendiri. filem ini merupakan filem lama dan saya oun baru mengetahui tentangnya apabila seorang Pensyarah saya yang berasal dari Sarawak iaitu Encik Shamsuddin Sohaili memberitahu tentangnya dan ternyata mesej yang ingin disampaikan oleh filem ini betul-betul terkesan di dalam hati saya. Apatah lagi apabila melihat keadaan negara kita yang kian kucar-kacir pada masa sekarang. Disebabkan polemik dan perselisihan faham rakyat kita mulai membenci antara satu sama lain..Kasihan kan?Malaysia baru sahaja mengecapi kemerdekaan selama 52 tahun, alangkah sayangnya negara kita apabila sampai suatu masa nanti akan berpecah belah.....Namun, mungkin ramai juga yang tidak menyedari, di sebalik pergelutan dan kontroversi besar-besaran ini, terdapat pihak yang menjadi batu api dan bertepuk tangan dengan apa yang terjadi di negara kita. Semuan ini adalah berkemungkinan besar berpunca daripada pihak-pihak tertentu yang bak kata orang telunjuk lurus, kelengkeng berkait...Atau lebih umum lagi, seperti udang di balik batu...Orang-orang ini mempunyai motif tertentu untuk merobohkan sebuah negara seperti Malaysia yang sekian lama mengecapi kemakmuran ini....Berfikirlah wahai rakyat Malaysia...Kita semua pernah mempunyai sejarah ketika negara kita belum merdeka...Kita diajar Sejarah, untuk memperlihatkan kepada kita betapa besar pengorbanan tokoh kita dahulu ketika memperjuangkan kemerdekaan negara kita...Hargailah Sumbangan mereka..

0 comments: