KLIK YE..TAKKAN NAK TENGOK AJE...

FOLLOW ME DER....

Sunday, November 8, 2009

Kelantan diharam beraksi lagi? - Segelintir penyokong hanya datang buat kacau, ancam keselamatan penonton lain!


KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan berhadapan dengan tindakan keras Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) termasuk denda, penonton tidak dibenarkan masuk ke stadium atau diharamkan terus daripada menyertai Liga Malaysia tahun hadapan!
Itulah segala kemungkinan yang berlaku akibat kelakuan ganas dan tidak bertamadun segelintir penyokong The Red Warriors berikutan kekalahan 1-3 kepada Negeri Sembilan pada final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin.
Tidak cukup dengan balingan mercun dan botol air di atas padang, tindakan paling melampau penyokong Sang Kijang itu ialah membakar kerusi, sesuatu yang paling sukar sekali untuk diterima.
Adakah ini maksud sebenar 'kemeriahan bola sepak' di negara kita sekiranya keselamatan orang lain di dalam stadium termasuk penyokong sendiri terancam dan dalam bahaya?
"Memang kami (FAM) berasa kesal dan amat kecewa dengan sikap segelintir penyokong fanatik Kelantan di stadium pada malam kelmarin.
"Mereka jelas menunjukkan sikap yang tidak berdisiplin dan datang hanya untuk buat kacau, saya sendiri tidak faham adakah ini taktik mereka untuk mengganggu konsentrasi pemain lawan atau sebagainya," demikian tegas Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Menurut beliau, selain mercun dan botol air dibaling kepada peminat dan pemain Negeri Sembilan, kerusi stadium pula dibakar.
Perbuatan itu, katanya, jelas menunjukkan bahawa penyokong Kelantan telah mengancam keselamatan peminat lain yang hadir di stadium tersebut.
Azzuddin turut mengesahkan bahawa KAFA bakal berdepan hukuman lebih keras ekoran sikap ganas penyokong mereka.
"KAFA harus bertanggungjawab ke atas sikap penyokong mereka. Mereka akan dipanggil menghadap Jawatankuasa Disiplin sedikit masa lagi, mungkin selepas Hari Raya Aidiladha.
"Kami masih menunggu laporan mengenai kerugian dan kerosakan akibat kejadian itu daripada pihak-pihak berkaitan termasuk polis," tambahnya.
Petikan KOSMO (9Hbln 11 08)

0 comments: