KLIK YE..TAKKAN NAK TENGOK AJE...

FOLLOW ME DER....

Friday, October 2, 2009

Kenapa kita tidak pernah bermimpi di alam mimpi?Pelik kan?Jom kita rungkaikan sedikit tentang semua ni..Semua tentang mimpi..

Kita sering bermimpi tentang keindahan hidup kita, kebahagiaan, dan tidak kurang juga yang bermimpi tentang sesuatu yang menakutkan dan mengerikan. Tetapi apabila kita bermimpi, tidak pernah pula kita mimpi bermimpi?Hehehe...Mungkin kedengaran agak pelik...dan mengelirukan..Mimpi ni sangat susah untuk dirungkaikan dan diperjelaskan.. Mungkin kita tidak dibenarkan berada di dua alam mimpi...Itulah sebabnya kita tidak pernah bermimpi sewaktu berada di alam mimpi.

Nah..Daripada beberapa buah artikel yang saya baca tentang mimpi ni...Mimpi adalah firasat kita sewaktu tidur. Pada saat kita tidur kesedaran fizik di otak akan mengalami istirehat lelap di mana fizikal kita rehat dalam kondisi gelombang otak kita ke tingkat bawah sedar . Oleh itu, sebagai gantinya kita masuk ke kesedaran jiwa dimana alam bawah sadar milik kita akan meresponkan sesuatu bahkan memori masa lalu yang masih menjadi misteri dalam hidup kita. Akibatnya kita sering terbangun kerana ada mimpi yang menakutkan,mencemaskan bahkan mengerikan dan manifestasi mimpi ini wujud tatkala kita di alam mimpi .

Mimpi ni juga merupakan kaitan keadaan perasaan dan kestabilan emosi kita sebelum tidur. Ada yang terlampau banyak berfikir tentang sesuatu atau seseorang sehinggakan semua itu wujud dalam mimpinya. Ada pula yang bermimpikan sesuatu yang menyeramkan selepas membaca kisah-kisah misteri, ada pula yang bermimpi sesuatu yang mengasyikkan, sehingga lenanya bertambah..Apabila dikejutkan oleh orang sekeliling, dia akan memarahi orang itu..mengganggu katanya!

Bagaimana pula jika ada yang bermimpi sehingga membawa ke satu alam akhirat atau alam kematian. Maksudnya, yang mati ketika tidur... Adakah semuanya bertitik tolak daripada mimpi?Bagaimana seseroang itu boleh mengalami kematian ketika tidur?Sebenarnya, mereka yang mati ketika tidur itu adalah mungkin disebabkan gangguan fikiran, penyakit seperti strok, lemah jantung dan sebagainya, keadaan emosi yang tidak stabil juga menyebabkan seseorang itu mati ketika tidur. Mesej dari perasaan akan disampaikan ke otak, dan apabila tidur, otak adalah pada alam bawah sedar, oleh itu, apabila fungsi otak berkurang, ia akan menyebabkan seseorang itu tidak bernafas dan akhirnya menyebabkan kematian...

Bagi manusia primitif yang hidup di zaman lampau pula mereka mempercayai bahawa sewaktu tidur roh seseorang itu akan keluar dari tubuhnya dan merayau-rayau lalu berhubungan dengan lain-lain semangat yang terdapat di waktu malam.

Bagaimanakah mimpi itu sebenarnya terjadi masih merupakan satu soalan yang rumit dan menarik perhatian ahli-ahli sains, ahli kajijiwa dan ahli perubatan di seluruh dunia. Hanyalah kira-kira dalam tahun 1950 sekumpulan ahli-ahli sains yang diketuai oleh Dr. Nathaniel Kleitman telah melakukan satu kajian secara saintifik mengenai tidur dan hubungannya dengan mimpi di Amerika Syarikat. Kumpulan ahli sains ini telah berjaya menyukat dan merakamkan apa yang dinamakan arus elektrik gelombang otak yang dipanggil electroencephalogram atau ringkasnya EEG.

Hasil dari penyelidikan tersebut juga telah membahagikan tidur kepada dua jenis iaitu 'tidur tak bermimpi' dan 'tidur yang bermimpi'. Dalam tidur jenis yang tak bermimpi ada terdapat empat peringkat iaitu Peringkat I ketika seseorang itu masih berada dalam keadaan jaga (sedar) kemudian beransur-ansur mengantuk. Manakala dalam peringkat II keadaan tidur itu menjadi lebih nyenyak daripada peringkat I tadi. Peringkat ke- III dan IV adalah merupakan peringkat yang paling nyenyak dan biasanya seseorang yang telah tidur hingga peringkat tersebut adalah sukar untuk dibangunkan daripada tidurnya.

Kajian itu juga menyatakan bahawa kira-kira satu jam selepas seseorang itu mengalami tidur yang tak-bermimpi (digelar juga tidur ortodok) satu fenomena akan berlaku di mana mata si tidur seakan menonjol seperti sedang melihat sesuatu di bawah kelopak mata, otot-otot menjadi rehat dan tindakan pantulan tiada lagi berfungsi. Selain dari itu tekanan darah, denyut jantung dan tarikan nafas menjadi tidak tetap. Menurut Dr. Nathaniel hal ini dipanggil gerakan bertalu mata (rapid eye movement) atau singkatnya REM). Gerakan bertalu mata ini adalah berhubung dengan perubahan dalam arus elektrik gelombang otak. Seseorang yang sampai kepada peringkat ini akan mengalami mimpi. Yang demikian tidur jenis ini dinamakan juga tidur yang bermimpi.

Seorang ahli kaji jiwa yang terkenal Sigmund Freud dan beberapa orang tokoh psikologi yang lain berpendapat mimpi adalah merupakan sebagai satu saluran atau jalan keluar untuk melega atau melepaskan desakan-desakan tabii serta konflik-konflik yang dalam kehidupan seharian perkara-perkara tersebut ditekan oleh norma-norma kemasyarakatan. Misalnya tekanan-tekanan ini kebanyakannya melibatkan pantang-larang dan segala yang berkaitan dengan seks. Mengikut seorang ahli psikologi British, Dr. Christopher Evan pula mengatakan mimpi adalah sama seperti komputer yang sentiasa perlu diulangkaji, dikemaskinikan dan dipadamkan setengah-setengah programnya yang telah tidak sesuai lagi. Otak manusia pun bertindak demikian bagi menghapuskan program-program lamanya dan ini berlaku sewaktu seseorang itu tidur. Beliau menegaskan bahawa mimpi adalah beberapa cebisan gambaran yang terlintas bayang ketika proses otak memilih, menjelas dan mengubahsuaikan supaya ia sentiasa berada dalam keadaan kemaskini.

Mimpi adalah penting bagi kehidupan yang normal kerana kekurangan tidur yang bermimpi didapati boleh mendatangkan kesan-kesan sampingan yang tidak baik. Ini telah dibuktikan dengan satu kajian terhadap kucing-kucing di Perancis. Kucing-kucing tersebut telah diberi dadah pada awal ujian untuk mencegah kucing-kucing tersebut daripada mendapat tidur yang bermimpi. Kucing-kucing yang tidak mendapat tidur yang bermimpi didapati mati tiga minggu kemudiannya.

Dari satu kajian juga didapati pesakit-pesakit yang mengidap gangguan jiwa dan diberi ubat-ubat yang bertindak mengurangkan tidur yang bermimpi telah menunjukkan kadar yang tinggi dalam percubaan membunuh diri berbanding dengan pesakit-pesakit gangguan jiwa yang diberi ubat yang lain. Pesakit-pesakit yang sering mendakwa mereka kurang mendapat mimpi diwaktu tidur juga menunjukkan kecenderungan yang lebih untuk membunuh diri.ٱ

Jadi..Jika tiap-tiap tidur anda selalu bermimpi...Itu adalah perkara yang baik...Tetapi jika, setiap malam bermimpi buruk? Apakah alamatnya? Mungkin juga berlaku kejadian yang buruk, atau berita yang kurang menggembirakan? Mungkin juga.....Sebab mimpi ni suatu yang agak sukar ditafsirkan...Sedangkan haiwan yang tidak ada akal dan perasaan pun boleh bermimpi, inikan pula manusia...Contohnya, anjing dan kucing..Ketika anjing atau kucing anda sedang tidur, cuba perhatikan...kadangkala badannya akan bergerak sendiri tanpa dia menyedarinya...Itu tandanya dia juga bermimpi seperti anda...Okeyz...apa-apa tambahan berkaitan topik mimpi ini, jangan malu-malu bagi pendapat anda....Untuk dikongsikan bersama..

0 comments: