- Waktu pagi adalah antara waktu yang paling berkat kerana waktu itu Tuhan akan menurunkan semua rezeki kepada makhluknya.Maka bertebaranlah di waktu pagi untuk mecari rezeki. Sedangkan burung pun akan keluar pada waktu pagi untuk mencari rezeki dan pulang kesarang pada waktu petang.Begitu juga manusia perlu berusaha untuk mencari rezeki yang halal di waktu pagi.
Apa kelebihannya bangun awal waktu pagi ni?
1.Di waktu ini fikiran kita masih kosong, lapang dan segar so banyak perkara yang boleh kita fikirkan.
2. Badan kita juga segar dan cergas.
3. Cuaca yang sejuk dan pemandangan yang segar mampu menaikkan semangat yang tinggi.
4. Peluang mencari rezeki yang banyak.
5. Bermula pada waktu pagi, banyak perkara yang boleh dilakukan.
- Bagi mereka yang suka bangun lambat pasti akan rugi, kerana apa? kerana rezekinya telah diambil oleh orang lain.Selain itu antara kerugian yang ‘dialami’ bagi mereka yang suka bangun lambat:
1.badan menjadi letih
2.Otak menjadi lemah
3.Tidak banyak perkara yang boleh dilakukan
4.Rezeki sudah dikaut oleh orang lain.
5.Menampakkan sikap pemalas.
6. tak dapat nak sarapan, akibatnya pergi kerja mungkin dengan perut yang lapar sementara menunggu makan tengahari.
- Di bawah ni nak share sikit cara untuk bangun awal. Bagi yang selalu bangun awal, ia akan menjadi kebiasaan, walaupun bukan pada hari bekerja. bagi yang selalu je lambat bangun tu, elok cuba tips-tips kat bawah ni..
1. Tetapkan matlamat anda sebelum tidur bahawa esoknya anda akan bangun pagi, kalau anda dah tetapkan dalam otak anda dan memang berniat nak bangun awal esok pagi, anda akan dapat bangun awal tanpa set jam di handphone mahupun alarm clock anda.
2. Kalau betul2 nak bangun awal pagi, malam tu mesti tidur awal..confirm awal bangun esok pagi.
3. Mintak kawan atau orang terdekat ngan diri anda untuk kejutkan anda supaya anda akan bangun pada masa yang anda nak.
4. kalau dah susah sangat bangun, nak tak nak kena pakai juga alarm untuk bangunkan anda..Tak pasal-pasal lambat pulak datang kelas, lambat pulak pergi kerja.. Nak2 anda pulak jadi bahan ketawa dan bahan sindiran kerana sering lambat bangun.
5. Malam2 tu jangan lupa berdoa, dan tanamkan niat yang baik untuk bangun awal , nescaya anda tak kan bangun lambat lagi
1 comments:
Good info.. btw,jalan2 kat sini dan terfollow :D
Post a Comment