KLIK YE..TAKKAN NAK TENGOK AJE...

FOLLOW ME DER....

Tuesday, October 12, 2010

Hari ni mengikuti seminar " 77 Tingkah Masalah Wanita dan Lelaki"..Banyak juga pengalaman baru yang diketahui..

untuk entry kali ni, Saya nak share sedikit apa yang saya dapat semasa seminar hari ni. sekarang baru saya tahu permasalahan yang selalu ada pada lelaki dan wanita. Tambah2 lagi saya membeli buku " 77 Tingkah Masalah, Wanita dan Lelaki " tersebut yang merungkai kehidupan di alam percintaan, rumah tangga dan juga realiti kehidupan lelaki dan wanita. Sememangnya, kehidupan kita sebagai manusia tak lepas daripada ketidakpuasan hidup baik dalam perhubungan, percintaan, rumah tangga dan juga kehidupan seharian kita. Tetapi, kita sepatutnya menerima apa saja yang kita ada , namun sekiranya ada kekurangan, kekurangan itu boleh dibaiki. Seringkali juga kita tak berani nak menyampaikan rasa hati sebenar sehingga akhirnya membawa kepada hubungan yang renggang. Itulah masalah yang biasa dialami kebanyakan lelaki dan wanita pada masa kini yan seringkali menyebabkan seseorang itu kecewa, patah hati dan tidak dapat menerima kenyataan. Saya juga tertarik dengan ungkapan Prof Rahman Shaari yang menjadi salah seorang pembentang pada masa itu iaitu " SUKA APA YANG KITA ADA = KEBAHAGIAAN. dan ADA APA YANG KITA SUKA = KEJAYAAN.

Begitulah realiti kehidupan kita. Apapun masalah, salah satu cara untuk menyelesaikannya ialah melalui perundingan. Sehingga kedua-dua belah pihak berpuas hati. Sekiranya terpakasa memerlukan bantuan orang ketiga, mintalah bantuan agar masalah itu selesai dengan aman.

0 comments: