Entah mengapa pada waktu ini aku berasa teruja untuk menimbang-nimbang diri sendiri..Menilai ke dalam hati..sejauh mana aku benar-benar wujud di muka bumi ini, dengan sebuah kehidupan yang bererti dan bermakna kepada semua orang...Kata orang, memberi itu lebih baik daripada menerima..Tetapi kebelakangan ini aku selalu sahaja menerima daripada memberi..mengapa?Mungkin disebabkan serba kekurangan..Maksudku, bukan menerima wang,bukan menerima barangan berharga,tetapi sokongan, teguran dan juga kata-kata peransang daripada orang di sekelilingku..kubuka sms dalam handphone ku..kutekan punat handphone pada item Saved message..Begitu banyak, kata semangat dan kata dorongan,,tidak kurang pula yang mengirim firman-firman Tuhan...Terima kasih yang tidak terhinggalah kepada yang sudi mengirim...Aku selalu menghargai..Buktinya..aku menyimpannya di dalam Handphoneku..Dan aku akan membuka dan membacanya apabila aku merasa susah untuk meneruskan hidup..TERIMA KASIH KERANA MENGHARGAIKU DISISI KALIAN...
Huh...Entah mengapa, walaupun hidupku terasa begitu dihargai di hadapan mereka, tetapi, satu kekurangan yang aku rasakan adalah, kebahagiaan sebenar. Aku bukan aksara setia yang melabuhkan tirai di mimbar subuhnya..Dan bukan juga nakhoda yang mampu melayarkan kapalnya di tengah samudera seorang diri..Menatap wajah insan-insan kesayanganku, ayah,ibu, adik, dan kekasih tercinta, sedikit tersentuh dalam hatiku kerana kalian tidak dapat bersama-sama denganku saat menghadapi lara hidup ini...Namun aku faham, situasi dan beberapa keadaan yang tidak membenarkan kita selalu bersama..Tetapi sokongan kalian akan menemani setiap langkahku..Doa dan restu kalian berjalan besertaku..Ya, dalam meniti usia remaja ini, tidak pernah kunafikan satu hal yang akan menenggelamkan ialah dugaan..Jika dahulu, sewaktu masih bergelar anak kecil, hanya gelak tawa dan kebenaran sahaja yang menemaniku...Teman-teman ramai disekelilingku...Sentiasa ketawa riang, menyanyi,menari tanpa pernah risau tentang kehidupan..Tiada pernah pentingkan penghargaan..Dan tidak pernah ternoda oleh kepalsuan....Benarlah kata orang.."Sekiranya kita inginkan kebenaran..tanyalah kanak-kanak kerana mereka tidak akan berbohong.."Dunia kanak-kanak tidak pernah hipokrit..berpijak di bumi nyata..dan tidak berjalan di atas keegoan..Alangkah seronoknya..
Menginjak usia remaja ini, kurasakan pelbagai warna kehidupan yang lebih banyak meresahkan daripada menenangkan...Lumrah sekiranya menitiskan air mata, kerana air mata itulah tempat luahan hati yang paling baik dan setia..Apabila menitiskan air mata, sedikit keresahan sudah pasti akan reda berbanding jika memendamnya dalam jangka masa yang terlampau lama...Dan...Kepalsuan juga sering datang bertandang..mencemari sebuah kolam kehidupan dalam usia remaja..Penipuan di sana sini..Keegoan..Semuanya menjadikan kehidupan semakin tidak mempunyai arah dan tujuan..Tetapi satu hal yang sangat menyedihkan, apabila bertemu dengan kesenangan, disitulah hati kita mulai takbur dan lupa bahawa kesenangan itu adalah datangnya dari Tuhan..Apabila berada dalam kesusahan..barulah kita berpaling menadah tangan melihat balik ke arah diri kita..Memanjatkan doa kepada Tuhan..
Namun, semua itu bagaikan ramuan yang menjadikan kehidupan kita lebih bernilai..Mengajar erti ketabahan..Memberikan makna sebuah perjuangan..Membuka mata hati kita supaya boleh menilai..Agar kita tidak boleh selalu mendongak ke atas sahaja..Kerana sikap selalu mendongak ke atas, adalah tidak pernah bersyukur..Dan selalu ingin menang..Gara-gara inginkan kemenangan inilah yang menyebabkan kita terpaksa melakukan penindasan, penipuan,dan terpaksa memijak orang-orang bawahan....Berbeza jika kita selalu melihat ke bawah...Apabila kita melihat ke bawah...kita akan temui ramai lagi insan-insan yang lebih susah dan sengsara daripada kita di muka bumi ini..Lantas ia akan menyedarkan kepada kita bahawa syukur itu harus ada dalam kita.. DAN TUHAN AKAN ADA BEKERJA DALAM SETIAP HAMBANYA..Dan semua ini menjadikan kita sedar bahawa apa yang kita miliki di atas muka bumi ini adalah sementara sahaja..Amalan dan pahala yang menentukan kehidupan abadi kita......
Nah..nukilanku sudah sampai ke penghujungnya..Lantas sedikit keresahan ku sudah berjaya aku buangkan...yakni semuanya sudah terluah di muka skrin lappy ini..Mungkin kalian tidak suka membacanya..kerana kita punyai pengalaman dan corak kehidupan yang berbeza-beza....Apapun...ia hanyalah sebuah luahan sahaja....Buat kawan-kawan lamaku..(Chyie n Ella di UMS, Mint di USM, Icut@Bija di UNIMAS, Situt di UMS..)Dahulu kita pernah sehaluan dalam perjuangan..Tetapi...minat dan kecenderungan kita tidak sama sehingga akhirnya kita masing-masing membawa diri...mengejar mimpi yang tak pasti...Buat kawan-kawan yang baruku temui di kampus UPSI ini...Cyn, Della, Fi,Su...n ramai lagi..terima kasih kerana sering berganding denganku merentas sebuah arena perjuangan ini..Buat Sista Mami D...terimakasih juga..kerana selalu menjadi pendengar setia dan sehaluan denganku mencorak warna kehidupanku..serta buat semua yang telah tampil memberikan sokongan kepadaku..Terima kasih..Biarlah hidup kita saling sokong-menyokong..Yang rebah ditegakkan..Yang condong diluruskan dan Yang lemah kita kuatkan...
Dan yang terakhir yang amat istimewa dalam hidupku..kedua ibu dan bapaku...Tiada yang lebih bermakna bagi hidupku melainkan pengorbanan kalian yang membesarkan aku dengan jerih dan kepayahan...Juga buat adik tersayang..yang juga sedang menginjak zaman remaja..Seterusnya buat Yang tersayang..Terima kasih..kerana faham akan diriku..dan sokongan serta pengorbanan yang diberikan..amat aku hargai..
*...Buat pembaca Blog yang dihargai sekalian..Terima kasih juga kerana sudi membaca ilham dariku selama ini..Apa sahaja cacat cela yang ada dalam blog ini adalah kekurangan dan kelemahanku sendiri dan kesempurnaan dan kebaikan yang kalian perolehi daripada blogku ini adalah anugerah kurniaan daripada TUHAN...Sekian..
0 comments:
Post a Comment