KLIK YE..TAKKAN NAK TENGOK AJE...

FOLLOW ME DER....

Monday, August 15, 2011

Alahai Baiknye Boss....Terima Kasih Boss!


Staff Sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada

tahun 2011, syarikat ini akan menguatkuasakan

peraturan baru kepada semua staff.

Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-


1. PENGANGKUTAN.

Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah

atau kereta Honda

contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah,

jadi tiada

kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih

dari 10 tahun

atau menggunakan pengangkutan awam, kami

mengandaikan anda mempunyai

banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada

proton atau perodua,

kami mengandaikan anda telah berada di level yang

sepatutnya, jadi

tiada kenaikan gaji.


2. CUTI TAHUNAN.

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam

setahun dan

kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.


3. WAKTU LUNCH

i) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30

minit. Ini kerana mereka

perlu makan lebih untuk kesihatan.

ii) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat

selama 15 minit.

Ini kerana mereka sedang elok dan ***a perlu

mengambil makanan secara stabil.

iii) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi

rehat selama 5 minit

sahaja.

Ini kerana mereka ***a perlu makan pil dan susu

atau teh untuk menguruskan badan.


4. CUTI SAKIT

Mulai 2011 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit

dari Doktor.

Ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik

untuk dapatkan MC,

anda tentu boleh pergi kerja juga.


5. PENGGUNAAN TANDAS:

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa

terlalu lama di

dalam tandas. Mulai tahun 2011 setiap seorang hanya

boleh menggunakan

tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5

minit secara

automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck,

pintu akan terbuka

dan kemera akan menyala.

Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam,

kami akan menampal

gambar anda di notis board di bawah korum 'staff

sembelit'.


6. PEMBEDAHAN:

Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak

membenarkan anda

melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba

mengeluarkan apa-apa saja

organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil

anda bekerja kerana

anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak,

ini bermakna anda

telah melanggar kontrak.


7. PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi

seperti membaca

e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran

RM2.00 sejam (sama

seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak

dari gaji anda.

Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan

mendapat gaji selama

3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja

telah melebihi 3

bulan gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di

syarikat ini. Kami akan

cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang

pertanyaan,komen,

aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun,

caci nista boleh

disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih

0 comments: